BMW i7 Protection - EV kalis peluru pertama di dunia, 0-100 kmsj 9.0 saat

oleh Mohamad Hanif|
BMW baharu sahaja memperkenalkan dua buah sedan berperisai yang dibina berdasarkan model sedan saiz penuh mewah mereka, iaitu 7 Series Protection dan i7 Protection.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan adanya i7 Protection ia sekaligus menjadikannya sedan elektrik pertama di dunia yang menawarkan perlindungan kalis peluru.

Konsep perlindungan bersepadu ini dibina berdasarkan BMW Protection Core, menampilkan struktur badan keluli berperisai, perlindungan bawah badan dan bumbung dipertingkatkan, serta kaca berperisai.
 

7


Rekaan tersebut bertujuan untuk memastikan para penumpang selamat daripada apa jua serangan luar termasuklah serpihan bom tangan dan serangan dron.

Struktur tangki bahan api juga mempunyai ciri pengedap kendiri (self-sealing) yang boleh menghalang kebocoran bahan api ketika diserang peluru.
 

7


Kedua-dua sedan i7 Protection dan 7 Series Protection tersebut menampilkan rim aloi ringan bersaiz 20 inci dibaluti tayar Michelin PAX run-flat yang boleh dipandu sehingga 80 km/j dalam keadaan tekanan tayar hilang sepenuhnya.

Secara standard, sedan i7 dan 7 Series Protection tersebut mempunyai perlindungan kelas VR9 berdasarkan pelbagai kriteria termasuklah garis panduan Kenderaan Kalis Peluru (VPAM BRV) untuk rintangan balistik edisi ketiga, dan Kenderaan Tahan Letupan (VPAM ERV) dan PAS 300 untuk rintangan letupan.

Bukan itu sahaja, struktur kaca pada kedua-dua model tersebut menawarkan perlindungan kategori VPAM 10 - tertinggi untuk kenderaan awam - yang menawarkan perlindungan terhadap peluru berkaliber 7.62x54 R.
 

7


Untuk medan penglihatan yang tidak terjejas sewaktu musim sejuk, cermin hadapan serta tingkap sisi telah diberikan fungsi pemanas sebagai ciri standard.

Untuk ruang kabin, ia masih lagi menerapkan aspek kemewahan dan keselesaan yang wujud pada model 7 Series.

Seperti contoh, terdapat kotak penyejukan di antara tempat duduk belakang berkapasiti lapan liter yang boleh memuatkan dua botol air dan dua gelas, serta dua tetapan suhu iaitu 4 atau 10 darjah Celcius.
 

7


Terdapat juga sistem interkom untuk membolehkan golongan VIP berkomunikasi dengan individu di luar tanpa perlu membuka tingkap, terdiri daripada mikrofon dan pembesar suara luar, mikrofon pada bahagian siling, sebuah lagi mikrofon pada konsol tengah dan pembesar suara tambahan di dalam kabin.

Untuk menikmati alunan muzik yang mengasyikkan sewaktu dalam urusan perjalanan atau sedang dikejar oleh musuh, terdapat sistem bunyi keliling Bowers & Wilkins 1,265 Watt dengan 28 pembesar suara yang disediakan.

Pembeli juga boleh memilih untuk memasang cermin tambahan yang memaparkan imej daripada kamera undur secara terus menerus supaya mereka dapat mengetahui siapakah yang mengekori rapat biarpun tidak dapat melihatnya menerusi cermin belakang.
 

7


BMW i7 Protection dibina berdasarkan trim xDrive60 namun dengan komponen daripada model M70 xDrive, menampilkan dua motor elektrik berkuasa 536 hp dan 745 Nm.

Disebabkan penambahan berat badan, i7 Protection hanya mampu memecut sepantas 9 saat dari 0-100 km/j, dan kelajuan tertinggi 160 km/j sahaja.

Biarpun BMW tidak menyebut jarak gerak i7 Protection secara spesifik, sudah pasti sedan yang agak berat ini menawarkan jarak gerak yang jauh lebih teruk berbanding model i7 standard yang mampu dipandu sejauh 483 km untuk sekali cas penuh.
 

7


Bagi mereka yang tidak mahu perasaan kebimbangan jarak menguasai diri, dapatkan sahaja BMW 7 Series Protection yang didatangkan dengan enjin V8 4.4 liter turbo hibrid ringan dengan kuasa 523 hp dan 750 Nm yang dipadankan dengan sistem pacuan semua roda xDrive.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 6.6 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 210 km/j.

Sistem suspensi sedan 7 Series dan i7 Protection telah ditala semula supaya dapat menampung penambahan berat badan, sementara sistem Integral Active Steering dibekalkan sebagai standard untuk menjadikan pemanduan sedan tersebut yang lebih lincah.
 

7


Produksi 7 Series dan i7 Protection akan mengambil tempat di kilang Dingolfing, di mana hanya model i7 Protection sahaja yang boleh dibeli oleh para pelanggan di Eropah.

Untuk VIP di luar Eropah, mereka perlu menempah model 7 Series Protection.

Pembeli yang berminat juga akan diberikan kursus dan tunjuk ajar khas yang turut merangkumi sesi teori, latihan kawalan praktikal dan latihan respons taktikal.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mercedes-Benz S 680 Guard 4MATIC menawarkan sistem perlindungan terintegrasi (iSS) yang menampilkan…
Berita Global
Untuk kali ini, kami bawakan kepada anda sebuah lagi kenderaan berperisai yang dihasilkan untuk…