MAS perkenal BMW i7 sebagai limo eksklusif di Terminal 1 KLIA

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Malaysia Airlines Bhd dan BMW Group Malaysia melalui rakan wakil pengedarnya Ingress Auto Sdn Bhd telah bekerjasama untuk memperkenalkan perkhidmatan pemindahan terminal persendirian eksklusif di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 1 Februari 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich Platinum, Business Suite dan Business Class, di mana ia ditetapkan untuk bermula dari 1 Februari 2024.
 

MAS


Penambahan perkhidmatan tersebut akan berjalan sebagai perkhidmatan 24 jam bersama pemindahan Bas Premium sedia ada syarikat penerbangan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata "Dengan perkhidmatan eksklusif ini, kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman perjalanan untuk pelanggan peringkat teratas kami dan memastikan mereka dapat menikmati keselesaan premium sebagai sebahagian daripada pengalaman pelanggan hujung ke hujung mereka."
 

MAS


Beliau turut berkata bahawa perkhidmatan pemindahan terminal persendirian itu tersedia sehingga perkhidmatan aerotrain di KLIA disambung semula sepenuhnya.

Sebelum ini, perkhidmatan pemindahan terminal persendirian hanya tersedia dari tempat pengambilan yang terletak di pintu G1 bangunan terminal utama ke bangunan satelit.
 

MAS


Dengan penambahan barisan BMW i7 dalam rangkaian Malaysia Airlines, perkhidmatan itu akan diperluaskan untuk mengambil penumpang di bangunan satelit ke bangunan terminal utama juga.

Sumber: New Straits Times

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Saya ada memberi cadangan kepada MAS supaya penumpang terjejas perlulah diberikan sedikit layanan…
Berita Domestik
Sama seperti pesawat B737-800 NGnya yang diperbaharui, 737-8 baharu itu turut menampilkan sistem…
Berita Domestik
Menurut laporan FMT, syarikat itu telah memfailkan saman terhadap AirAsia tahun lalu, mendakwa…