Rekaan paten Aurus Komendant didedahkan - lengkap dengan motosikal pengiring!

oleh Mohamad Hanif|
Kembar kepada Rolls-Royce Cullinan dari Rusia, Aurus Komendant kini diperlihatkan dengan lebih teliti menerusi imej paten yang diperoleh daripada pejabat pendaftaran hak intelektual Rusia (Rospatent).

Aurus Komendant merupakan sebuah SUV mewah bersaiz penuh, dibangunkan daripada pelantar Unified Modular Platform yang menampilkan hud enjin yang panjang, rekaan bersegi dengan rumah hijau yang amat besar, serta arca roda yang besar.

Bahagian hadapan SUV ini dikuasai oleh rekaan gril yang jugabesar, diikuti rekaan lampu utama berbentuk segi empat dengan lampu nyalaan siang, serta dua bukaan udara di bahagian bumper

 


Di bahagian belakang turut menampilkan rekaan lampu berbentuk segi empat, diikuti dengan pemasangan spoiler bumbung, dan dua muncung ekzos (juga berbentuk segi empat).

Walaupun tiada sebarang imej dalaman disiarkan, difahamkan Aurus Komendant membawakan rekaan dalaman yang serupa seperti sedan mewah Senat yang pernah diperlihatkan sebelum ini.

Dari segi kuasa, Aurus Komendant didatangkan dengan nadi bentangan V8 hibrid 4.4 liter yang menghasilkan 590 kuasa kuda dan 880 Nm yang memacu semua roda menerusi transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan.

 


Lebih menarik, imej tersebut disekalikan dengan sebuah lagi imej paten model motosikal pengiring (yang masih tidak bernama), juga daripada jenama Aurus itu sendiri.

Tidak banyak informasi didedahkan buat masa ini, namun berdasarkan imej, motosikal tersebut menampilkan jarak antara roda yang panjang, lampu LED, penghadang angin boleh laras serta pemasangan saddlebag di bahagian sisi.

Menurut laporan daripada media Rusia Drom, pembangunan motosikal Aurus ini menerima input daripada FSUE NAMI Russian State Scientific Research Center serta kumpulan Kalashnikov (?).

 


Jentera prototaip motosikal ini pertama kali diperlihatkan pada November 2017 di bawah jenama IZH dengan enjin boxer yang menghasilkan 150 kuasa kuda dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j!

Motosikal ini juga diberitakan bakal menerima trenkuasa elektrik sepenuh masa, berdasarkan kenyataan daripada Menteri Perdagangan dan Industri Rusia, Denis Manturov.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Akhbar rasmi Pyongyang, Korean Central News Agency melaporkan Kim telah dihadiahkan sebuah kereta…
Berita Global
Sedan yang bakal menjadi kenderaan rasmi Presiden Vladimir Putin itu kini dilaporkan sudah pun…
Berita Global
Pembuat limosin berperisai khas untuk Presiden Russia, Aurus kini sedang cuba untuk meluaskan…