Aurus Senat Limosin dan Senat Sedan muncul di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pembuat limosin berperisai khas untuk Presiden Russia, Aurus kini sedang cuba untuk meluaskan pengaruh mereka ke pasaran global menerusi penyertaan di Geneva Motor Show tahun ini. 

Mensasarkan kepada jenama-jenama besar seperti Benley dan Rolls-Royce yang sudah pun mempunyai peminat yang kukuh, Aurus ingin mencuba nasib dengan Aurus Senat limousin dan Senat sedan. 
 


Dari segi dimensi, Aurus Senat Limousine mempunyai panjang 6,630 mm dan jarak antara roda 4,300 mm, jauh lebih panjang berbanding Rolls Royce Extended Wheelbase dan Maybach 62.

Manakala versi sedan pula mempunyai kepanjangan 5,630 mm dengan jarak antara roda 3,300 mm. 
 


Sementara bahagian luaran tidak menampakkan sebarang rekaan yang menjengkelkan, bahagian dalaman pula menampilkan rekaan yang serba mewah dengan upholsteri kulit premium, trim kayu dan kemasan logam. 

Seperti Rolls-Royce dan Bentley, Aurus turut menyediakan spesifikasi kustom kepada para pelanggan yang inginkan kelainan pada kenderaan mereka. 
 


Di bawah bonet, enjin V8 hibrid 4.4 liter mampu menghasilkan kuasa setinggi 590 hp dan 880 Nm daya kilas, dengan kuasa pecutan sepantas 6 saat dari 0-100 km/j!

Versi limosin pula sedikit perlahan, namun masih mampu mencatatkan masa sebanyak lebih kurang sembilan saat. 

Tiada maknanya kereta mewah tanpa sebarang peralatan keselamatan, dan untuk tidak menjadikan Aurus ini sebuah produk yang cikai, ia turut diperlengkapkan dengan bantuan keselamatan seperti 

  • Kawalan Pelayaran Adaptif
  • Brek Kecemasan Automatik
  • Sistem Pra-Pelanggaran dengan teknologi pengesanan pejalan kaki
  • Sistem Amaran Informasi Titik Buta
  • Sistem Pengesan Papan Tanda

 


Aurus Senat Limousine dan Senat sedan kini sudah mula dibuka tempahannya untuk pasaran Eropah dan dengan pembukaan fasiliti pemasangan baharu di Tatarstan, Aurus mampu untuk memenuhi sehingga 5,000 orang pelanggan untuk setahun. 
 

Baca: Aurus Senat Sedan

Berita Berkenaan

Berita Global
Akhbar rasmi Pyongyang, Korean Central News Agency melaporkan Kim telah dihadiahkan sebuah kereta…
Berita Global
Sedan yang bakal menjadi kenderaan rasmi Presiden Vladimir Putin itu kini dilaporkan sudah pun…
Berita Global
Aurus Komendant merupakan sebuah SUV mewah bersaiz penuh, dibangunkan daripada pelantar Unified…