Kereta rasmi Putin, Aurus Senat mula diproduksikan

oleh Mohamad Hanif|
Aurus Senat merupakan pendekatan Rusia dalam menawarkan sedan yang mampu menyaingi kehebatan dan kemewahan Rolls-Royce, lihat sahaja persamaan rupa antara kedua-dua jenama itu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Sedan yang bakal menjadi kenderaan rasmi Presiden Vladimir Putin itu kini dilaporkan sudah pun memasuki fasa produksi bertempat di kilang Yelabuga.

Pengeluar automotif Rusia, Aurus Motors itu dimiliki oleh Central Scientific Research Automobile and Automotive Engine Institute (NAMI), Rusia.

 


Menurut Menteri Industri Rusia, Denis Manturov berkata, sebanyak 200 hingga 300 unit Aurus Senat akan diproduksikan pada tahun ini, dengan harga anggaran bermula sekitar 18 juta rubles (RM1.01 juta).

Terdapat dua varian Senat dihasilkan, iaitu model L700 yang dikhususkan untuk kegunaan rasmi kerajaan sementara model Senat L600 pula dihasilkan untuk golongan yang mampu untuk memilikinya.

 


Aurus Senat dikuasakan oleh enjin 4.4 liter bentangan V8 turbo berkembar hibrid yang dibangunkan bersama Posche, menghasilkan 590 kuasa kuda dan 880 Nm daya kilas.

Sistem transmisi pula adalah jenis automatik sembilan nisbah kelajuan yang mampu menyalurkan kuasa kepada semua roda.

Difahamkan, Aurus juga sedang merancang untuk memperkenalkan Senat yang dilengkapi dengan nadi V12 pada masa akan datang.

Baca: Aurus Senat - sedan mewah Rusia

Baca: Aurus Senat muncul di Eropah

Baca: Aurus Komendant lengkap dengan motosikal pengiring


Aurus Senat L600

 

Aurus Senat L700

Berita Berkenaan

Berita Global
Akhbar rasmi Pyongyang, Korean Central News Agency melaporkan Kim telah dihadiahkan sebuah kereta…
Berita Global
Aurus Komendant merupakan sebuah SUV mewah bersaiz penuh, dibangunkan daripada pelantar Unified…
Berita Global
Pembuat limosin berperisai khas untuk Presiden Russia, Aurus kini sedang cuba untuk meluaskan…