Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan yang terpaksa dihadapi oleh pemandu berpunca daripada tingkap yang pecah secara spontan.
Laman itu turut menyebut mereka berdepan dengan situasi tersebut sewaktu sesi pandu uji, di mana ia terjadi semasa HR-V itu sedang dipanaskan menggunakan fungsi mula jarak jauh pada pagi yang sejuk.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun pihak penguji terpaksa membersihkan serpihan kaca yang bersepah pada laluan masuk rumahnya.
Keadaan kenderaan tanpa kaca belakang itu turut meningkatkan risiko kecurian dan terdedah kepada cuaca yang sejuk.
Honda US dalam satu kenyataan berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati semasa proses pemasangan dijalankan, bahan pengedap yang digunakan pada kaca belakang mungkin bersentuhan dengan elemen pemanas penyahbeku (defroster).

Keadaan ini mampu melemahkan struktur kaca dari semasa ke semasa, terutama apabila fungsi nyahbeku digunakan.
Dalam respons kepada insiden yang berlaku, Honda menyebut mereka akan memulakan kempen panggil semula dan sedang mendapatkan alat ganti secepat mungkin.
Sumber: CBS News