Di Amerika Syarikat, General Motors kini mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 10,825 kabel pengecasan yang mampu mengakibatkan renjatan elektrik dibawah situasi tertentu.
Kesemua 10 ribu kabel pengecasan untuk model Chevrolet Bolt EUV 2022-2023 itu datangnya daripada pembekal Webasto Charging System, di mana ia berpunca bukan sahaja daripada struktur kabel itu sendiri, akan tetapi boleh berpunca daripada masalah perisian yang tidak serasi dengan kabel yang digunakan.

Penggunaan perisian yang tidak serasi dengan kabel pengecasan Webasto akan menyebabkan sistem pengecas EV terus beroperasi walaupun sambungan pembumian telah terputus.
Dalam situasi yang buruk, pengguna berdepan dengan risiko renjatan elektrik bervoltan tinggi 'dalam tempoh singkat'.
Setakat ini, tiada sebarang insiden buruk disebabkan oleh masalah kabel pengecasan, dan sebagai sebahagian daripada kempen panggil semula ini, pihak pengedar akan memeriksa dan menggantikan kabel pengecasan yang terjejas.
Sumber: GM Authority