Rasuah: Pengurus besar syarikat kereta ditahan SPRM

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pengurus besar syarikat pengeluar kenderaan ditahan reman enam hari bermula hari ini kerana dipercayai menerima rasuah bernilai ratusan ribu ringgit daripada sebuah syarikat kereta terpakai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman sehingga 26 September itu selepas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuat permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, tadi.

Menurut sumber, pemberian rasuah itu diberikan kepada pengurus berkenaan sebagai balasan kerana membantu mendapatkan kereta untuk dijual di bawah harga pasaran dan tidak mengikut prosedur.

"Kegiatan yang dipercayai dilakukan sejak 2019 itu tidak melalui proses penjualan diluluskan dan dianggarkan nilai kerugian mencecah jutaan ringgit dengan penjualan sekitar 1,000 unit kereta," katanya.

Sumber berkata, kereta pra-produksi yang dijual itu dikhaskan untuk kegunaan di kilang pengeluar bagi tujuan ujian dan kawalan kualiti sebelum pengeluaran sebenar kereta model itu dijual di pasaran.

"Selain itu, terdapat juga kereta 'trade-in' daripada pelanggan yang membeli kereta baharu dari syarikat pengeluar kereta itu turut dijual kepada syarikat kereta terpakai terbabit," katanya.

Menurutnya, suspek ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009," katanya.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…
Berita Domestik
Permohonan reman antara dua hingga tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 November itu dikeluarkan…
Berita Domestik
Sumber berkata, semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2021 dan 2022 serta…