'Lesen terbang' - Empat penguat kuasa ditahan, disyaki terima rasuah RM300,000

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat anggota penguat kuasa di Kota Kinabalu kerana disyaki menerima suapan kira-kira RM300,000 daripada ejen dan calon yang mengambil lesen memandu.

Semua suspek lelaki berusia lingkungan 30 tahun dipercayai ditahan jam 4 petang pada Isnin ketika diminta hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Sumber berkata, semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2021 dan 2022 serta disyaki menerima wang rasuah melalui orang tengah sebagai balasan untuk mengeluarkan lesen memandu kepada calon tanpa perlu mengikuti ujian memandu.

"Modus operandi yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa ini adalah dengan meminta dan menerima rasuah daripada 'orang tengah' antara RM400 hingga RM1,200 daripada setiap calon bagi mendapatkan lesen memandu pelbagai kelas tanpa menjalani ujian memandu," katanya.

Sumber itu berkata, kegiatan haram sindiket pengeluaran lesen terbang ini dipercayai menyebabkan kerugian kepada hasil kerajaan sebanyak kira-kira RM1.5 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009," katanya.

Beliau berkata, semua suspek akan dibawa untuk tujuan permohonan reman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, 9 pagi Selasa.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara kesalahan yang dikesan adalah penjualan tayar yang tidak diimport melalui pengedar sah,…
Berita Domestik
Serbuan besar-besaran pada 29 September lalu dijalankan di 23 lokasi sekitar Lembah Klang, Pulau…
Berita Domestik
Operasi berkenaan dilaksanakan oleh Bahagian Operasi Khas SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam…