RASMI: Pusingan Pertama Toyota Gazoo Racing Festival 27-28 Mac 2021

oleh Mohamad Hanif|
Setelah hampir setahun tanpa sebarang aktiviti, para peminat sukan permotoran akhirnya boleh menarik nafas lega apabila UMW Toyota mengumumkan pusingan pertama Toyota Gazoo Racing Festival Musim Keempat kembali ke Litar Antarabangsa Sepang pada 27-28 Mac 2021.

Namun, acara perlumbaan ini hanya akan dijalankan secara tertutup bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan disebabkan wabak COVID-19.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Vios Challenge akan menampilkan empat kelas utama iaitu:

  • Rookie Class - menampilkan enam graduan baharu Gazoo Racing Young Talent Development Program
  • Promotional Class - medan pertempuran selebriti tempatan menampilkan tiga muka baharu
  • Sporting Class - pelumba amatur
  • Super Sporting Class - pelumba profesional dan elit.

Toyota Gazoo Racing Festival Musim Keempat ini akan ditayangkan secara langsung menerusi siaran dalam talian dan menyediakan tempat duduk baris hadapan bagi para peminat menikmati perlumbaan Vios Challenge, selain menampilkan beberapa perkara menarik untuk dinikmati sepanjang dua hari tersebut.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai jenis hadiah menarik untuk disebut.

 


Menurut Ketua Sukan Permotoran Toyota Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama berkata, "Toyota Gazoo Racing Festival tertumpu kepada membawakan pengalaman sukan permotoran kepada umum - fokus ini tidak pernah berubah - dan kami berjaya mencapai sasaran ini dengan membawakan pelbagai jenis lokasi semenjak tahun 2017 lagi.

"Hari ini, cabaran terbesar adalah untuk membawakan semangat dan atmosfera Toyota Gazoo Racing Festival ke dalam talian, supaya ia boleh dinikmati oleh khalayak yang lebih besar dan meluas, termasuklah para peminat perlumbaan di luar Malaysia.

Selain daripada Vios Challenge, pusingan pembukaan tahun ini menyaksikan kehadiran siri perlumbaan Gazoo Racing Vios Sprint Cup, dan Gazoo Racing Enduro Cup yang bakal diadakan selari dengan acara perlumbaan tahunan Sepang 1000km Endurance Race.

Pusingan pertama Toyota Gazoo Racing Festival akan disiarkan secara langsung menerusi laman web Toyota di https://toyota.com.my atau https://toyota.com.my/tgrmalaysia, serta laman rasmi Facebook Toyota Malaysia dan Toyota Gazoo Racing Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Sudah pasti, terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua format itu, namun apa pula kata bekas-…
Berita Domestik
Aktiviti itu, yang berlangsung dari 23 April hingga 21 Mei 2020 telah menarik penyertaan peserta…
Sukan Bermotor
Musim ketiga perlumbaan Vios Challenge menyaksikan Tengku Djan Ley dinobatkan sebagai juaran…