RASMI: ONEXOX TKKR Tarik diri dari Moto2 2021

oleh Mohamad Hanif|
Penaja utama SAG Team, OneXOX TKKR dalam satu kenyataan mengejutkan mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada saingan Moto2, musim hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengumuman tersebut dibuat oleh pengelola Onexox TKKR, Datuk Bobie Farid Shamsudin menerusi siaran langsung di Facebook Onexox TKKR SAG Team, hari ini. 

Menurut siaran tersebut, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira beberapa aspek, apatah lagi sebuah pasukan Indonesia Mandalika Racing Team (MRT) mendakwa telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan SAG sebelum ini. 

"Saya mengambi keputusan ini atas nasihat beberapa individu rapat, supaya kita dapat kembali ke meja perancangan dan buat strategi baharu untuk kembali satu hari nanti. 

Sementara itu, Datuk Bobie turut menjelaskan status pelumba tempatan, Kasma Daniel Kasyamudin yang masih lagi berbaki kontrak dua tahun bersama pasukan itu.

"Kasma telah menandatangani kontrak bersama SAG Team, jadi keputusan itu terletak di tangan mereka. 

“Tapi jika kita lihat pengumuman rasmi dari pasukan MRT, pasukan itu akan dikemudi oleh Thomas Luthi dan Kasma Daniel.

“Walaupun tiada pengesahan dari pihak SAG Team sendiri tetapi perbincangan ada berlaku di antara MRT dan SAG Team jadi kami enggan berada di tengah-tengah dalam perkara ini,” tambahnya.

Kasma juga telah dimaklumkan dengan perkara ini dan pelumba itu juga jelas dengan apa yang berlaku.

Dalam pada itu, Onexox TKKR akan terus beraksi di perlumbaan Cub Prix dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Sumber: MotoMalaya

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
  Namun, dia yang berlumba bersama ONEXOX TKKR SAG Team sebelum ini tetap membuka ruang sekiranya…
Informasi
  "Dukacita saya hendak beritahu telah positif Covid-19. Pada kenalan yang ada berjumpa saya…