Pasukan ONEXOX TKKR SAG umum barisan pelumba untuk musim 2020

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi satu hantaran yang dibuat melalui laman rasmi Facebook, pasukan ONEXOX TKKR SAG hari ini mengumumkan barisan pelumba yang akan bertanding di dalam pelbagai disiplin seperti Moto2, ARRC, Cub Prix dan Malaysia Superbike Championship untuk musim perlumbaan 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Berlumba buat kali pertama di dalam Moto2, pelumba baharu Kasma Daniel Kasmayuddin akan bergandingan dengan Remy Gardner bagi menggantikan peranan Tetsuta Nagashima. 

Beliau berpengalaman berlumba di dalam FIM CEV Repsol Moto2 dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM CEV Repsol Moto2 dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) sebelum ini. 

 


Untuk kategori ASB1000 ARRC, pelumba negara Azlan Shah Kamaruzaman akan bergandingan dengan rakan baharu, Markus Reiterberger menggunakan jentera BMW S 1000 RR 2019. 

Kategori Supersport 600 pula diserahkan kepada Ramdan Rosli dan Nazirul Izzat, manakala kategori AP 250 menggunakan khidmat Muzakkir Mohamed, Roy Ratukore dan Syafieq Aiman. 
 


Selain daripada itu, ONEXOX TKKR SAG akan turut bersaing di dalam kejuaraan Malaysia Superbike Championship di dalam kategori 1,000cc, 600 cc, 250 cc serta 150 cc menyaksikan penglibatan Azlan sekali lagi bersama Ramdan Rosli di dalam kelas 1,000 cc. 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
  Namun, dia yang berlumba bersama ONEXOX TKKR SAG Team sebelum ini tetap membuka ruang sekiranya…
MotorGP
Pengumuman tersebut dibuat oleh pengelola Onexox TKKR, Datuk Bobie Farid Shamsudin menerusi siaran…
Informasi
  "Dukacita saya hendak beritahu telah positif Covid-19. Pada kenalan yang ada berjumpa saya…