Pelumba Cub Prix negara positif Covid-19

oleh SALINA JALIL|
Pelumba Cub Prix negara, Muzakkir Mohammed mengesahkan dirinya positif Covid-19 dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.


Justeru itu, Muzakkir yang beraksi bersama Onexox TKKR SAG Team dalam kategori CP150 menasihatkan mereka yang bertemunya sejak Khamis lalu supaya menjalani ujian swab.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Dukacita saya hendak beritahu telah positif Covid-19. Pada kenalan yang ada berjumpa saya bermula Khamis minggu lalu tolong pergi buat swab test (ujian swab) untuk kebaikan anda sekeluarga.

 

"Saya ingin memohon maaf jika ada salah silap dan terkasar bahasa selama ini. Semoga kembali sedia kala hendaknya. Amin," tulis Muzakkir di Insta Story.

 

Sementara itu, pasukannya menerusi status di Facebook menyatakan Muzakkir dijangkiti wabak itu melalui rakan serumahnya yang bekerja di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 

"Dukacita dimaklumkan seorang pelumba kami iaitu Muzakkir disahkan terkena jangkitan Covid-19. Kami doakan agar Muz cepat sembuh," tulis status pasukan itu di Facebook.

 

Prinsipal pasukan, Bobie Farid Shamsudin ketika dihubungi mengesahkan Muzakkir berada dalam keadaan yang baik.

 

"Buat masa ini dia sihat seperti biasa," katanya. Muzakkir kini muncul pelumba terbaik pasukan itu bagi kelas CP150 apabila menduduki tangga keenam dengan meraih 38 mata selepas empat pusingan.

 

Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas ditunda bermula pusingan kelima yang sepatutnya berlangsung di Litar Utara Sepang dari 10 dan 11 Oktober lalu berikutan peningkatan kes Covid-19.

 

Pusingan keenam yang sepatutnya berlangsung dari 31 Oktober dan 1 November di Litar Sepang juga turut ditunda susulan langkah kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sehingga 9 November.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pasukan Yamaha Tekhne AHM Motor Sports bakal bersaing dalam dua kategori iaitu CP150 dengan…
Berita Domestik
  Beliau berkata saingan bagi 2023 juga bakal menjadi sengit dengan kehadiran beberapa pasukan…
Berita Domestik
  Menurutnya, kelab itu itu mencadangkan satu kawasan di Bukit Merah dekat sini untuk pembinaan…