
Lebih manis apabila sebuah kereta dan dua SUV keluaran kumpulan Jaguar Land Rover iaitu F-Type, Evoque dan F-Pace turut terpilih sebagai kereta tercantik dunia pada tahun-tahun sebelum ini.
Velar mempunyai reka bentuk tersendiri seperti perkadaran (proportion) dan bentuk yang cantik. Dari segi segmen, ia diposisikan di antara Range Rover yang besar dan Evoque yang agak kompak.
Selain ciri-ciri fizikal, Velar turut mempunyai identiti unik seperti lampu utama nipis Matrix Laser-LED dan pembuka pintu yang tersorok ke dalam badan kereta.
Saingan tiga teratas pula bukan calang-calang, dua lagi finalis ialah Volvo XC60 dan Lexus LC 500.
Kemenangan Velar diputuskan oleh juri yang terdiri 82 jurnalis automotif antarabangsa dari 24 buah negara.
Pada tahun lalu Kumpulan Jaguar Land Rover turut mencatat kemenangan serupa melalui Jaguar F-Pace.
Range Rover Velar dilancarkan pada tahun lepas dan terdapat enam nadi kuasa ditawarkan bermula daripada enjin 2.0 liter diesel Ingenium 180 PS hinggalah kepada 3.0 liter V6 petrol supercaj berkuasa 380 PS.
Buat yang berminat kemungkinan besar Velar akan memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat memandangkan ia sudah dijual di Thailand pada harga yang... agak menarik.
Harga varian asas bermula dari RM 740,000 hingga RM 864,000. Di UK, harga Range Rover Velar bermula dari GBP 44,830 atau RM 242,787.87.
Penulis: Muhammad Md Tajudin