Pemilik Range Rover golongan yang paling setia - kajian

oleh Mohamad Hanif|
Satu kajian yang dijalankan oleh S&P Global Mobility mendedahkan pemilik SUV mewah Range Rover merupakan golongan pembeli yang paling setia untuk tahun 2023, lebih-lebih lagi selepas Range Rover generasi baharu dilancarkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kajian tersebut, model tersebut mempunyai kadar kesetiaan 41.1 peratus sehingga bulan April -  yang tertinggi di kalangan kenderaan yang dinilai.

Di belakang Range Rover, Ford F-Series mencatatkan kadar kesetiaan sebanyak 41.0 peratus, disusuli dengan Tesla Model Y (40.0 peratus).

Ketiga-tiga model tersebut melepasi nilai purata kesetiaan industri sebanyak 25.1 peratus.
 

Range Rover


Menurut pengarah analisis industri S&P Global Mobility, Tom Libby menjelaskan, "memandangkan Range Rover merupakan kenderaan produksi volum rendah, ukuran metrik seperti kesetiaan mampu berubah ketara berbanding model yang dijual dalam jumlah yang tinggi seperti F-Series.

"Namun begitu, tidak banyak kenderaan volum rendah yang mampu mengekalkan tahap kesetiaan pelanggan terutama apabila rekaan mereka diperbaharui."
 

Range Rover


Range Rover generasi baharu telah pun dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada bulan Februari 2023 yang lepas, dengan varian tunggal P530 yang dikuasakan oleh nadi V8 530 PS dan 750 Nm.

Harga jualan SUV mewah ini bermula dari RM2,488,000.

Sumber: S&P Global Mobility

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai dibawa dari negara Eropah. "Nilai…
Berita Global
  Pemilik Range Rover ini betul-betul memberi perhatian kepada bahagian dalam. Bukan setakat…
Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…