Range Rover Safari dari Lunaz, guna kuasa elektrik, bergaya dengan bumbung boleh buka

oleh Muhammad Md Tajudin|
 Range Rover Safari - Lunaz
Range Rover Safari - Lunaz
Projek penukaran kereta enjin pembakaran (ICE) kepada kenderaan elektrik (EV) diteruskan lagi oleh Lunaz melalui Range Rover Safari 1983.

Range Rover klasik sudah ada dalam barisan penawaran Lunaz namun projek ini berbeza kerana mempunyai bumbung boleh buka atau tanpa bumbung kekal.

Badan dan casis asal diperkukuh supaya kuat dan stabil dan sesuai untuk menerima rangkaian kuasa baharu.

Walaupun banyak dibuat, badan kereta sama seperti asal dan disembur warna Maya Blue dan dipasang bumbung boleh buka warna biru gelap mohair seperti diminta pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Range Rover Safari - Lunaz

 

Pemilik Range Rover ini betul-betul memberi perhatian kepada bahagian dalam. Bukan setakat balutan tetapi buatan baharu paling besar pernah Lunaz lakukan.

Papan pemuka ditukar kepada unit baharu yang siap dengan konsol tengah lebih panjang dan dihasilkan melalui cetakan tiga dimensi (3D).

Kerja-kerja reka bentuk, pembangunan dan pembuatan dilakukan secara dalaman oleh Lunaz dan mengambil masa lebih dua tahun.

Lama dan berbaloi kerana rekaan tersebut akan dilengkapi pada Range Rover elektrik akan datang. 

 

Range Rover Safari - Lunaz 2024

 

Konsol tengah yang dibuat dari bahan komposit dipasang skrin maklumat hibur dengan pelbagai kegunaan seperti kawalan digital untuk penyaman udara dan pemanas.

Skrin itu juga menjadi paparan kamera undur dan boleh dihubungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Turut dilengkapi slot USB-C untuk mengecas peranti. Membawa imej klasik, konsol tengah dibuat dalam warna Mocca Walnut dan dilapis sampang satin kalis cuaca.

Kerusi juga direka baharu supaya lebih menarik, selesa dan ergonomik dan menggunakan bahan pad seperti kereta projek Rolls-Royce dan Bentley.

 

Range Rover Safari - Lunaz 2024

 

Kedua-dua kerusi depan mempunyai fungsi pemanas dan selain kulit, Lunaz menggunakan balutan kalis air dan tahan klorin.

Kerja-kerja bahagian dalam projek ini mengambil masa lebih 1,000 jam untuk dibangunkan dan disiapkan.

Enjin V8 asal diganti dengan rangkaian kuasa elektrik yang menghasilkan 280 kW (375 hp). 

Bagi menguruskan kuasa tambahan, penyerap hentak asal ditukar kepada jenis boleh laras dan pegas gegelung buatan khas.

 

Range Rover Safari - Lunaz 2024

 

Pasangan brek enam dan empat omboh dipasang di depan dan belakang. Ciri off-road seperti jarak mengharungi air setinggi 500 milimeter dikekalkan.

Sudut kelegaan depan (approach), tengah (breakover) dan belakang (departure) juga kekal.

Dengan siapnya projek ini, Lunaz mempunyai 50 lagi slot buat peminat yang mahu mengubahsuai Range Rover klasik mereka.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Range Rover Safari - Lunaz 2024