Range Rover Velar 3.0L R-Dynamic - enjin V6 380 PS/450 Nm, harga dari RM723k

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover Malaysia telah melancarkan varian 3.0L R-Dynamic kepada barisan Range Rover Velar dengan enjin P380 bentangan V6 supercharger yang mampu menawarkan pecutan 5.7 saat dari 0-100 km/j.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kuasa yang dihasilkan sebanyak 380 PS dan daya kilas sebesar 450 Nm itu membolehkan Range Rover Velar 3.0L R-Dynamic ini mampu mencecah kelajuan (yang dihadkan secara elektronik) sepantas 250 km/j menerusi sistem pacuan semua roda. 

Dibangunkan menggunakan casis monocoque aluminium berdasarkan Lightweight Aluminium Architecture daripada Jaguar Land Rover, ia memberikan pengukuhan yang lebih terhadap casis, selain kawalan pemanduan yang cemerlang terima kasih kepada sistem suspensi double-wishbone di hadapan dan Integral Link di bahagian belakang. 

Sistem gantungan jenis udara ini juga memberikan jarak kelegaan tanah setinggi 251 mm dan kebolehan untuk diturunkan sebanyak 10 mm ketika pemanduan melebihi 105 km/j untuk mengurangkan rintangan aerodinamik dan meningkatkan kadar penjimatan bahan api. 
 


Dari segi keselamatan, Range Rover Velar menawarkan ciri yang tidak kalah seperti enam buah beg udara, Adaptive Cruise Control (ACC) dengan ciri Stop & Go, serta sistem brek kecemasan dengan bantuan radar yang mampu beroperasi dalam julat kelajuan 10-160 km/j.

Kesemua kenderaan Jaguar Land Rover telah disahkan sesuai untuk kegunaan di dalam iklim, persekitaran, kualiti bahan api serta mematuhi peraturan emisi di Malaysia.

Harga jualan bagi varian Range Rover Velar 3.0L R-Dynamic ini bermula dari RM722,787 atas jalan. 

Setiap pembelian didatangkan dengan perlindungan Land Rover Care termasuklah jaminan lima tahun, servis percuma lima tahun serta bantuan tepi jalan selama tiga tahun. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Jaguar mengesahkan operasi pemasangan Castle Bromwich bagi model yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autocar, model 'baby Defender' tersebut akan dibina menggunakan platform…
Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…