Range Rover Evoque 2020 - dua varian, bermula dari RM427 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan SUV kompak mewah Range Rover Evoque 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

SUV Range Rover Evoque generasi kedua itu ditawarkan dalam dua varian utama, iaitu varian Evoque standard dan varian tertinggi Evoque R-Dynamic.

 


Berdasarkan saiz dan dimensi, Range Rover Evoque menawarkan jarak antara roda 21 mm lebih panjang berbanding model terdahulu, dan ini diterjemahkan kepada penambahan ruang kaki dan lutut yang lebih luas, serta glove box dan konsol tengah yang lebih besar.

Ruang kargo juga kini mampu memuatkan 591 liter barang dan boleh mencapai kapasiti sehingga 1,383 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat dengan nisbah 40:20:40.

 


Dari segi penawaran, Range Rover Evoque menampilkan beberapa perubahan astetik seperti lampu utama LED depan dan belakang, serta rim bersaiz 20 inci, ciri pemegang pintu jenis tertanam (flush) yang menambahkan lagi penampilan elegan mewah SUV ini.

Sementara varian R-Dynamic pula didatangkan dengan kemasan yang lebih menarik termasuklah elemen kuprum pada bumper hadapan dan belakang, serta kehadiran hiasan pada fender hadapan.

Varian R-Dynamic menampilkan ciri yang pertama di dalam kelasnya, iaitu ClearSight Rear View Mirror yang memaparkan visual pandang belakang dengan sudut keluasan 50 darjah kepada paparan HD apabila medan penglihatan pemandu terhalang oleh penumpang atau barangan yang besar.

 


Selain daripada itu, ciri ClearSight Ground View juga merupakan teknologi pertama di dunia yang membenarkan pemandu melihat permukaan tanah menembusi ruang enjin di mana paparan ini mampu memberikan keluasan pandangan sehingga 180 darjah.

Smart Settings merupakan ciri yang menggunakan algoritma kepintaran buatan di mana sistem ini mampu mempelajari ciri yang digemari oleh pemandu seperti tahap keselesaan dan tetapan audio selain mampu mengecam sehingga lapan individu menerusi key fob dan peranti pintar yang tersambung kepada sistem infotainmen kenderaan.

 


Namun, secara standard, kedua-dua varian hadir dengan sistem infotainmen Land Rover InControl Touch Pro Duo yang terdiri daripada dua skrin kaca berdefinisi tinggi bersaiz 10 inci di bahagian tengah, serta sebuah lagi skrin instrumen 12.3 inci di hadapan pemandu.

Sistem ini menawarkan sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay, sambungan kepada internet berkelajuan tinggi, dan sistem bunyi Meridian Sound System yang merangkumi 11 pembesar suara (termasuk subwoofer).

Untuk keselesaan penumpang, Range Rover Evoque hadir dengan ciri standard termasuklah kawalan iklim dua zon, corong pendingin hawa baris kedua, slot pemegang cawan, serta pintu tailgate berkuasa elektrik.

 


Aspek pemanduan dibantu dengan ciri keselamatan seperti Bantuan Pengekalan Laluan, serta Sistem Pengawasan Kondisi Pemandu yang mampu mengesan tahap tumpuan pemandu berdasarkan input stereng dan pergerakan kenderaan yang tidak normal.

Ia melengkapi ciri-ciri keselamatan lain termasuklah enam beg udara, ABS, EBD, cagak ISOFIX, Bantuan Menurun Cerun (HDC), Bantuan Mula Mendaki (HLA), Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Kawalan Cengkaman Elektronik (ETC), Kawalan Kestabilan Olengan (RSC), dan Kawalan Cengkaman Rendah.

Untuk memastikan Range Rover Evoque menjalar megah di atas jalan raya, SUV ini didatangkan dengan enjin 2.0 liter empat silinder sebaris dengan turbo jenis twin-scroll yang mampu menjana 200 PS dan 320 Nm daya kilas.

Atas jalan, ia mampu memecut sepantas 8.5 saat dari 0-100 km/j dan mencapai kelajuan tertinggi 216 km/j.

 


Kuasa tersebut disalurkan kepada semua roda menerusi All-Wheel Drive dengan teknologi Driveline Disconnect, ciri yang membenarkan kuasa ke roda belakang dihadkan ketika pemanduan biasa, dan menyambung kembali dalam masa kurang satu saat ketika keadaan di mana cengkaman yang lebih diperlukan.

Ciri Terrain Response® 2 pula membolehkan sistem komputer menetapkan mod pemanduan yang bersesuaian berdasarkan analisis terhadap kondisi jalan dan boleh diambil alih oleh pemandu pada bila-bila masa.

Selain daripada itu, Range Rover Evoque mampu meredah laluan air dengan kedalaman sehingga 600 mm.

 


Range Rover Evoque dijual pada harga bermula dari RM426,828 untuk varian standard manakala Range Rover Evoque R-Dynamic pula bermula dari RM475,398 (tanpa cukai jualan 50 peratus) tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Setiap Range Rover Evoque didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan 150,000 km (yang mana terdahulu), Pakej Servis selama lima tahun (atau 65,000 km) dan bantuan tepi jalan selama tiga tahun.

Bersempena dengan pelancaran ini juga, Jaguar Land Rover turut menawarkan pakej baucer aksesori bernilai RM3,000 di mana ia boleh digunakan untuk membeli aksesori original Evoque untuk tempoh terhad.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Setelah diperkenalkan sejak Jun tahun lalu, SUV mewah ini mengimbangkan penambahbaikan terkini…
Berita Domestik
Acara pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Land Rover…
Berita Domestik
Membawakan bahasa rekaan serba baharu dan senang untuk dicam, Range Rover Evoque tidak ketinggalan…