Perayaan hari lahir Beetle ini akan berlangsung pada hari Sabtu (esok), 17 Mac 2018 di semua pengedar Volkswagen dari 11 pagi hingga 5 petang.
Sempena sambutan hari lahir Beetle ini, pengunjung akan dapat menguji pandu Beetle Sport 1.2TSI, dan menikmati aktiviti riadah bersama keluarga yang pasti menyeronokkan. Di samping itu, mereka yang memandu uji Volkswagen Beetle juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah, iaitu LEGO Volkswagen Beetle khas untuk sambutan ulang tahun ini.
Harga bagi sebuah The Beetle Sport adalah RM147,888 dan boleh didapati dalam enam warna pilihan iaitu :-
Bottle Green (hijau),
Pure White (putih),
Tornado Red (merah),
Blue Silk (biru),
Dark Bronze (gangsa gelap) dan
Habanero Orange (jingga)
Beetle ini juga dilengkapi dengan kawalan shifters, kawalan pelayaran, sistem penyaman udara 2-zon Climatronic, 6.5inci paparan skrin sentuh dengan App-Connect, kerusi kulit Vienna, kerusi dengan sokongan lumbar di bahagian tempat duduk hadapan, lampu depan bi-xenon dan LED lampu siang hari (DRL). Enjin TSI turbocharged 1.2l dengan keluaran 105PS - dengan DSG transmisi automatik 7-kelajuan dengan tork maksimum 175Nm untuk memastikan perjalanan yang menerujakan bagi setiap pemanduan
Untuk memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ini, anda akan diberikan rebat sebanyak RM5,000 untuk setiap pembelian sebuah Beetle, serta rebat tunai sehingga RM15,000 untuk model Volkswagen yang lain. Semua model Volkswagen yang didaftarkan dari 1 Januari 2018 juga datang dengan tiga tahun (atau 45,000km, yang mana lebih awal) pakej penyelenggaraan percuma.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volkswagen.com.my