Pusingan Pertama TGR: Trek Bandar Malaysia memberi ujian sebenar kepada para pelumba

oleh SALINA JALIL|
Bandar Malaysia telah menempah nama sebagai trek perlumbaan terpantas dan paling mencabar setakat ini dalam tiga musim Festival Toyota Gazoo Racing dan Toyota Vios Challenge.


Walau pun jarak trek Bandar Malaysia cuma pada 1.96 kilometer sahaja tetapi ia adalah salah satu daripada trek yang terpantas dan paling lama yang dibina untuk siri ini.


Ia mempunyai 20 sudut dan dua lorong lurus panjang, yang paling lama ialah 600 meter. Bagaimanapun, pada kelajuan yang lebih tinggi juga bermakna kadar pergeseran yang lebih tinggi dan beberapa pemandu terpaksa bersara awal selepas bertembung dengan halangan konkrit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Berikut adalah keputusan pusingan pertama yang telah berlangsung pada hari Sabtu (semalam): 

 

CLASS SPORTING

 

Dalam kelas Sporting, Tom Goh dari S & D Tama Motorsports telah mendapat kemenangan pertama di musim ini, diikuti pula Adam Khalid di tempat kedua. Di tempat ketiga ialah Hayden Haikal, 15 tahun.


Pada mula perlumbaan, Mirza Syahmi Mahzan berada di tempat pertama tetapi dikenakan tindakan penalti 15 saat disebabkan berlaku pelanggaran awal. 

 

Pada lap ketiga pula, Ricky Tan dari Saksama Motorsports telah bertembung dengan penghalang konkrit dan beliau menamatkan perlumbaannya. Perlanggaran kedua pula adalah di antara Clement Yeo dan Ketua Pasukan Perlumbaan City Distinctive Model, Kenneth Koh.

 

tgr 1

 

"Selepas pelanggaran Mirza, saya berlumba bersendirian di hadapan. Saya pastikan pemanduan saya selamat kerana tahap cengkaman di landasan adalah berbeza semasa perlumbaan dan semasa sesi latihan tidak rasmi (keadaan jalan basah)," kata Tom.

 

Bagi Adam, tempat kedua adalah penamat yang kukuh memandangkan beliau bermula dari grid kelima perlumbaan dan tidak mendapat sebarang mata akibat kerosakan kereta di pusingan pembukaan Musim 3 di Kuala Terengganu pada September lalu.


"Ini sememangnya perlumbaan hujung minggu pertama saya memandangkan saya tidak dapat bersaing di Kuala Terengganu selepas kejadian semasa kelayakan. Ini adalah hasil yang terbaik untuk diri saya."


 

 

KELAS SUPER SPORTING 

 

Dalam kelas Super Sporting Class pula, tempat pertama dimiliki oleh Tengku Djan Ley dari 23 Motor. Dengan hanya kepantasan dua saat sahaja, beliau berjaya menewaskan Mark Darwin (Laser Motor Racing) dan Freddie Ang (Telegamas Motor Racing).

 

Tengku Djan dan Mark telah menetapkan kelajuan dan bersaing dalam pertarungan peribadi di hadapan, manakala Freddie dan Toyotsu Racing, William Ho bertarung dalam pertempuran di belakang mereka.

 

TJAN

 

"Kereta saya berasa baik sepanjang seluruh perlumbaan dan saya dapat mengekalkan kadar yang konsisten. Saya terus mengekalkan tumpuan saya untuk mengekalkan jurang yang selesa hingga garisan penamat. Landasan di Bandar Malaysia adalah luas dan ia membolehkan anda mengambil banyak serangan yang berbeza di bahagian penjuru,"kata Tengku Djan.


Mark pula berkata, "Terus terang saya katakan, saya lebih suka berlumba dalam trek basah esok. Dalam hujan, apa saja boleh berlaku. Anda boleh menjadi yang terpantas tetapi semua yang diperlukan adalah salah satu kesilapan dan anda keluar. Ia akan menjadi agak menarik dan saya sememangnya berharap esok hujan."

 

KELAS PROMOSI

 

Di kelas promosi untuk para selebriti, Shawn Lee berjaya memenangi perlumbaan dengan 20 pusingan di hadapan pelakon Shukri Yahaya dan penyampai Nabil Ahmad yang menduduki tempat ketiga.


"Saya sangat suka trek ini. Ia dapat memberikan kelajuan yang sangat tinggi," kata Shawn yang akhirnya melepasi garisan penamat 2.2 saat di depan Shukri. 

 

Di tempat keempat dan kelima adalah pelakon Diana Danielle dan penyanyi Khai Bahar.

 

tgr wany


Sementara itu, perjuangan untuk kedudukan keenam dan ketujuh juga sengit di antara penyanyi Wany Hasrita dan Nabila Razali, dan ia berlangsung selama 16 pusingan sebelum Nabila berjaya mengatasi.

 

"Hari ini adalah hari yang sangat sukar untuk saya tetapi bersyukur, saya dapat mengatasi cabaran-cabaran ini. Saya suka trek ini tetapi saya harus mengakui bahawa ia sangat rumit," kata Nabila.

 

Bagi model Ain Edruce, yang menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.

 

 

tgr2

 

Perlumbaan kedua akan diteruskan pagi ini dengan enam pemandu teratas akan bermula di grid permulaan dalam turutan terbalik.


Bagi peminat perlumbaan dan penonton, Toyota Gazoo Racing Festival turut mempamerkan kenderaan Toyota, sesi pandu uji, pemanduan drift oleh pemandu profesional Jepun, konsert dan cabaran simulator perlumbaan, dan penjualan barangan. 

Para pengunjung ke festival ini dapat melihat sendiri Toyota GR Supra, yang baharu sahaja dilancarkan turut dipamerkan di festival ini.

Masuk adalah percuma dan acara ini adalah dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

 

nik
 

 

px 4

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…