Pusat peranginan di Switzerland ini haramkan hampir semua kenderaan ICE

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tahukah anda? Pusat peranginan ski di Zermatt Switzerland ini tidak membenarkan sebarang kenderaan berenjin pembakaran dalaman di atas jalan, dan hanya beberapa syarikat sahajar dibenarkan memiliki EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan peralihan dunia ke arah elektrifikasi, tidak mustahil bahawa generasi akan datang bakal belajar mengenai kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE) di dalam buku sejarah.

Namun, ketiadaan dan pengharaman kenderaan dalaman di pusat peranginan Swiss ini bukanlah kerana perubahan ke arah EV.

 

2

 

Pengharaman kenderaan pembakaran dalaman di Zermatt telah dilaksanakan semenjak tahun 1966 lagi, di mana ianya telah disahkan semula oleh akta pengangkutan tempatan 1990.

Disebabkan lokasinya yang sukar diakses, ianya menyebabkan Zermatt terlindung dari pelbagai perubahan dari luar termasuklah kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman, dan hingga ke hari ini juga masih ada beberapa kereta kuda masih digunakan di sana.

Untuk kenderaan elektrik (EV) pula, permit khas perlu dimohon untuk membolehkan penggunaannya di atas jalan. Kebanyakan permit hanya diluluskan untuk kegunaan syarikat dan bukan untuk kegunaan persendirian.

 

3

 

Pekan itu memutuskan bahawa kenderaan EV kecil, yang direka untuk mudah dibaiki, mempunyai hayat perkhidmatan yang panjang, dan senyap, adalah satu-satunya yang dibenarkan di jalan-jalannya.

Oleh kerana bandar itu yang terlalu kecil juga, terhasilkah jenama EV kecil tempatan iaitu STIMBO yang banyak digunakan sebagai teksi.

Saksikan sendiri video yang dikongsikan oleh Tom Scott tentang bagaimana keadaan bandar Zermatt tanpa sebarang kenderaan berenjin pembakaran dalaman.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terkini, konglomerat automotif yang memiliki 14 jenama, Stellantis dilapor akan membelanjakan USD6…
Berita Global
Masuk tahun 2024, pengeluar dengan logo garpu penala itu akhirnya memperlihatkan sebuah model…
Berita Global
Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, AVL Racetech telah pun memperlihatkan konsep enjin…