Pulau Pinang - Sila hantar kereta buruk anda ke kedai besi lusuh

oleh HEZERI SAMSURI|
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) semalam meminta pemilik-pemilik menghantar kenderaan usang, buruk atau tersadai mereka ke pusat pelupusan barang lusuh.

Menurut Ahli Majlis MBPP, Ahmad Azrizal Tahir, sekarnag ini ada lebih dari 1,000 kenderaan buruk yang dibiarkan di kawasan awam dan komersil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kenderaan tersebut sudah menjadi sarang nyamuk dan binatang berbisa serta menjadi risiko kesihatan umum," ujarnya ketika ditemuramah oleh akhbar The Star.

Azrizal berkata sebanyak 155 kenderaan usang dan lusuh telah ditunda dari lokasi ia dibiarkan.

"Pihak majlis sekarang menyimpan sejumlah 981 kenderaan-kenderaan tua dan lusuh yang telah ditunda.

"Dari jumlah itu, 509 ialah kereta, van dan lori sementara 472 pula ialah motosikal," sambungnya lagi.

Beliau berkata setakat sekarang, sudah ada 75 kenderaan sudah ditender dan 145 lagi bakal dilelong selepas arahan lockdown tamat.

Setiap tahun MBPP akan melakukan lelongan kenderaan-kenderaan lusuh tersebut dan kenderaan yang tidak mempunyai kes jenayah akan dijual dahulu.

MBPP menyeru pemilik kenderaan-kenderaan usang ini agar lebih bertanggung-jawab dan menunda kenderaan mereka ke pusat barangan lusuh atau kedai besi buruk.

"Ada banyak kedai besi buruk di sini dan senarainya ada di Facebook rasmi MBPP," katanya.

* Laporan dan gambar utama dari The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Serbuan oleh Jabatan Pelesenan dan Pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP itu…
Berita Domestik
  "Idea ini dicadangkan oleh jurutera reka bentuk daripada MBPP dan pakar dari Institut…
Berita Domestik
  "MBPP telah meminta jurutera mengendalikan projek MBPP untuk mengemukakan penjelasan secara…