25 e-skuter peniaga warga asing tanpa lesen dirampas

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari MBPP
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas 25 e-skuter dalam serbuan terhadap sebuah premis yang disyaki beroperasi tanpa lesen, di Lebuh Pantai, di Georgetown pada Jumaat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serbuan oleh Jabatan Pelesenan dan Pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP itu dilakukan susulan aduan daripada orang awam.

MBPP menerusi kenyataannya berkata, pemeriksaan terhadap premis mendapati pemiliknya menjalankan perniagaan khidmat sewaan e-skuter tanpa lesen.

"Menerusi serbuan itu, sebanyak 25 buah e-skuter yang dijadikan barang perniagaan oleh premis berkenaan dirampas.

"Ketika serbuan, seorang lelaki Bangladesh menjalankan operasi perniagaan itu. Semakan mendapati premis itu beroperasi tanpa lesen sah," katanya.

Menurut MBPP, pihaknya akan terus melaksana pemantauan dan tindakan terhadap premis menjalankan perniagaan dan tred tanpa lesen, terutama kenderaan mikromobiliti bagi menjaga keselamatan orang awam yang menggunakan lalu lintas.

Khidmat sewaan e-skuter sebelum ini bukan sahaja mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna jalan raya, malah ia juga tidak disenangi penduduk.

Penduduk mendakwa ada yang penyewa e-skuter yang terbabas merempuh kenderaan mereka yang diparkir pada bahu jalan sehingga menyebabkan kerosakan.

Penyewa e-skuter yang tidak bertanggungjawab hanya berlalu pergi tanpa memaklumkan kepada pemilik kenderaan.

 

MBPP

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Idea ini dicadangkan oleh jurutera reka bentuk daripada MBPP dan pakar dari Institut…
Berita Domestik
  "MBPP telah meminta jurutera mengendalikan projek MBPP untuk mengemukakan penjelasan secara…
Berita Domestik
  “Selepas enam tahun mengharungi pelbagai cabaran, akhirnya projek yang dibiayai sepenuhnya oleh…