Air bertakung di jalan berkembar tertinggi di Malaysia - jurutera MBPP diminta kemuka penjelasan

oleh SALINA JALIL|
Jurutera pengendali projek Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) di sini diminta untuk mengemukakan penjelasan terperinci mengenai kejadian air bertakung di jalan tersebut.


MBPP dalam satu kenyataan pada Isnin juga mengarahkan perunding projek serta kontraktor untuk turun padang bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"MBPP telah meminta jurutera mengendalikan projek MBPP untuk mengemukakan penjelasan secara terperinci mengenai kejadian tersebut.

 


"Selain itu, MBPP juga akan mengadakan ronda berkala serta membuat pemantauan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di Intelligent Center (IOC) MBPP," kata kenyataan itu.

 

Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) yang dinobatkan sebagai jalan berkembar tertinggi di Malaysia ditakungi air selepas hujan lebat kira-kira 40 minit pada petang Sabtu lalu.

 

Video berdurasi 10 saat mengenai kejadian itu tular di media sosial dan mendapat kecaman ramai selain warganet turut melahirkan kekecewaan apabila projek itu tidak mempunyai sistem saliran yang baik.

 

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati takungan air tersebut adalah disebabkan sampah sarap yang banyak serta daun-daun kering yang telah menghalang laluan air ke sistem perparitan sedia ada.

 

MBPP telah mengarahkan kakitangan pembersihannya untuk membersihkan sampah sarap serta-merta bagi mengelakkan perkara sama berlaku.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana mereka mendakwa kenderaan elektrik yang rata-ratanya lebih berat jika dibandingkan…
Berita Global
Sepanjang kerjayanya, Materazzi telah menyertai pembangunan beberapa buah model ikonik daripada…
Berita Domestik
Apa yang menarik, baru-baru ini lelaki tersebut memuat naik satu kisah yang cukup menggembirakan…