Menurut Mohammad Syukur Bin Rohani selaku pengurus program, objektif Penang Scooter Day 2019 bertujuan mengumpul dan menghimpun para pemilik, penggemar dan pencinta kenderaan bermotor bersifat skuter di dalam satu persekitaran yang lebih kondusif, mengeratkan silaturrahim dan menggiat hobi skuter ke arah lebih membudayakan hidup sihat bukan sahaja di dalam negara malah cuba menginspirasikan ke negara berdekatan seperti Thailand, Singapura & Indonesia.
Antara dari luar negara yang hadir:
- Singapore Mods Squad
- PX Losip Yala Thailand
- Wiangsra Scooter Thailand
- Saimua Scooter Thailand
- Sumut-Isbi Medan Indonesia
Program anjuran Pakatan Vespa Utara dengan kerjasama Kompleks Bukit Jambul, Penggerak Komuniti Muda Pulau Pinang (PEKA) dan Vespa Club Malaysia ini berjaya menyatukan dan menjadikan lokasi ini sebagai tempat pertemuan dan ruang kongsi pengalaman bersama penggiat hobi sukan permotoran skuter disamping mengalakkan aktiviti permotoran yang sihat.
Hampir 400 buah skuter dari pelbagai model klasik dan moden berjaya dikumpul dan pelbagai aktiviti turut diadakan seperti Flea-market ala Eropah, persembahan kumpulan musik tempatan dan pertandingan skuter.
Antara model skuter yang terlibat dan hadir ke PSD2019:
- Vespa Klasik (60'-90')
- Vespa Moden (00'-sekarang)
- Lambretta
- Scomadi
- Skuter Suzuki (V100,VS150)
- Skuter Yamaha (Avantiz,Ego,Nouvo,NVX)
- Skuter Modenas
- Skuter Honda (Vario)
- Skuter pelbagai jenis model selain senarai model lain di atas