VLOG : Sanussi Meccanica, Bengkel Vespa & Lambretta sejak 1988 di Perlis

oleh Arahman Crew|
Kalau kita kita dengar nama Negeri Perlis, pasti kita akan teringat Pelam Harum Manis dan pusat membeli belah Padang Besar. Tapi kali ini kami berjaya menerjah sebuah tempat menarik yang merupakan lubuk Vespa & Lambreeta di Kampung Repoh, Perlis.

Sejak zaman sekolah lagi minat yang mendalam terhadap vespa, dan pada tahun 1988, En Khairroul Sanusi Bin Taib mengambil keputusan untuk membuka sebuah bengkel di tepi rumahnya di Repoh Perlis. Kini bengkel nya telah berjaya membaik pulih ratusan Vespa dan Lambretta dari seluruh Malaysia malah dari luar Negara pun turut ada.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Minat dengan vespa ini sejak dari sekolah lagi, saya dapatkan sebiji dari bapa dan saya mula belajar cara sendiri nak repair vespa dan tak belajar dari mana-mana institut pun.  Pada tahun 1988 jadilah sebuah bengkel  ini sampai la sekarang. Nama Sanussi Meccanica pun rakan-rakan yang berikan dan kekal sehingga sekarang.” – ujar Pak Nusi yang kini sudah berusia 55 tahun.

 

 

 

Kini bengkel Nussi Meccanica telah diserahkan sepenuhnya kepada anaknya Kamarul Akmar Bin Khairroul Sanusi yang berusia 30 tahun yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Kangar.



Kamarul atau lebih dikenali sebagai 'Malonshi Maccenica' dikalangan peminat vespa yang cukup ramah ini memberitahu kami yang bengkelnya buat masa ini menghadkan penerimaan pelangan kerana terlalu banyak Vespa dan Lambretta yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kalau anda nak hantar, kenalah hubungi dahulu sebelum datang terus ya, takut balik menangis tepi pokok Pelam Harum Manis.

 

Selain membaik pulih vespa, Abang Nusi juga aktif berkonvoi dan berhimpun ramai-ramai (atau dalam bahasa geng vespa Jamboree) di dalam mahupun di luar negeri.  Dan yang yang terbaharu ini, mereka akan menyertai program ‘Kedah Vespa Lambretta Gathering 2019’ yang dianjurkan bersama Gheyuh Ghendah Festival di SP Plaza, Sg Petani, Kedah pada 5-7 April 2019.

 

Video penuh di bawah ini:

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Pelancaran Motosikal
Projek kolaborasi eksklusif Vespa kali ini adalah sempena menyambut ulang tahun Disney yang ke-100…
Model Terbaharu
Pengenalan edisi khas khas Vespa 946 10° Anniversario itu bersempena dengan sambutan tahun baru…