Pulau Pinang cadang kenakan caj kepada kenderaan luar, elak kesesakan

oleh Mohamad Hanif|
Kenderaan yang bukan berdaftar di Pulau Pinang dicadangkan agar dikenakan caj bagi menggalakkan pengunjung ke negeri ini menggunakan pengangkutan awam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Adun Kebun Bunga (PKR), Jason Ong Khan Lee berkata, selain itu, langkah itu dapat membantu menurunkan bilangan kenderaan yang memasuki Pulau Pinang.

Menurutnya, Pulau Pinang kini dibanjiri dengan lebih satu juta kenderaan berbanding 10 tahun lalu, iaitu hanya 300,000 kenderaan di jalan raya.

"Dengan cadangan ini, ia dapat mengurangkan jumlah kenderaan di negeri ini, sekaligus mengurangkan kesesakan lalu lintas.

"Kita nak gerakkan manusia, bukannya kenderaan. Saya harap cadangan mengenakan caj ke atas semua kenderaan yang bukan berdaftar di Pulau Pinang dapat diperhalusi," katanya.

Terdahulu, Jason Ong menyampaikan ucapan pembahasan rang undang-undang perbekalan dan usul anggaran pembangunan 2019 Pulau Pinang tadi.

Jason berkata, sekiranya kerajaan negeri ingin menggerakkan manusia, kerajaan negeri perlu mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan awam.

"Kerajaan negeri juga perlu mempunyai 'political will' untuk menempatkan semula atau menghentikan aktiviti penjaja haram jalanan serta parkir haram," katanya. - SINAR HARIAN

Berita Berkenaan

Informasi
  "Setakat ini, tiada cadangan untuk meningkatkan kadar bayaran VEP di peringkat kementerian.…
Informasi
Jurucakap Konsulat Jeneral Brunei di Kuching berkata, CaP dengan kadar bayaran B$3 (RM9.30) akan…