Brunei kenakan caj kenderaan lalu sempadan

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan Brunei mengenakan Caj Perkhidmatan (CaP) dan Pas Perjalanan Kerap (FCP) bagi rakyatnya dan warga asing yang merentasi sempadan darat Sarawak-Brunei, berkuat kuasa 1 Oktober lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jurucakap Konsulat Jeneral Brunei di Kuching berkata, CaP dengan kadar bayaran B$3 (RM9.30) akan dikenakan terhadap individu setiap kali melintasi pos sempadan.

 

 

Bagi individu warga Brunei, Malaysia dan warga negara asing yang melakukan perjalanan kerap sekurang-kurangnya 15 kali sebulan untuk tujuan pekerjaan atau persekolahan adalah layak untuk memohon FCP.

 

"Pas itu boleh dipohon secara dalam talian menerusi portal Jabatan Perdana Menteri Brunei Darussalam (www.pmo.gov.bn/travelportal).

 

"FCP boleh dipohon untuk tempoh satu, tiga atau enam bulan," katanya dalam satu kenyataan.

 

Beliau berkata, kadar FCP untuk tempoh sebulan bagi pekerja adalah B$50 seorang, manakala pelajar B$30 seorang. Bagi FCP dengan tempoh sah tiga bulan pula, kadar bayarannya adalah B$150 untuk pekerja, B$90 untuk pelajar, manakala untuk tempoh enam bulan pula B$300 untuk pekerja dan B$180 untuk pelajar.

 

"Pengguna yang lain pula akan dikenakan kadar caj sebanyak B$3 seorang setiap kali melintasi pos-pos kawalan sempadan," katanya.

 

Bagaimanapun katanya, pengecualian CaP diberikan kepada kenderaan milik kerajaan Malaysia atau kerajaan Sarawak bagi tujuan kegunaan rasmi, kenderaan bomba, ambulans, polis, kenderaan membawa jenazah dan kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah.

 

 

BH

 

"Permohonan bagi pengecualian CaP bagi kes-kes khas boleh dipohon melalui pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam," katanya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peningkatan cemerlang itu merekod sebanyak 789 unit kenderaan Proton dijual di Brunei meningkat…
Berita Domestik
  "Ini adalah projek Kerajaan Persekutuan dan satu kajian mengenai projek itu akan dibuat oleh…
Berita Domestik
  "Semasa kita kerajaan, saya telah perhalusinya malah saya telah berbincang dengan Sultan Brunei…