Menteri Pengangkutan - Tiada cadangan naik caj kenderaan Singapura masuk Malaysia

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan tidak bercadang menaikkan kadar bayaran permit masuk kenderaan (VEP) RM20 bagi kenderaan berdaftar dari Singapura yang memasuki negara ini melalui pintu masuk antarabangsa Johor.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sekiranya kadar bayaran VEP dinaikkan ia dibimbangi menyebabkan tindak balas dari Singapura yang akan meningkatkan kadar bayaran kepada kenderaan Malaysia yang memasuki republik itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Setakat ini, tiada cadangan untuk meningkatkan kadar bayaran VEP di peringkat kementerian. Walaupun ada cadangan daripada wakil rakyat berhubung VEP ini.

"Jika kita berbuat demikian, pasti ada tindak balas dari Singapura. Kemungkinan, Singapura akan mengenakan cukai jalan yang lebih tinggi untuk kenderaan Malaysia yang masuk ke republik itu.

"Dalam masa sama, kita juga nak menggalakkan kemasukan pelancong dari Singapura ke negeri ini supaya dapat menyumbang kepada ekonomi di Johor," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan pas tanpa had MyBAS dan bas awam elektrik pertama Johor, di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, di Johor Bahru, pada Selasa.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

Isnin lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad menyarankan agar kerajaan menaikkan kadar VEP khusus bagi kenderaan Singapura yang mahu memasuki negara ini melalui pintu sempadan antarabangsa di negeri ini.

Beliau dilaporkan berkata, kenaikan bayaran VEP itu dilihat wajar memandangnya kadar ketika ini amat rendah jika dibandingkan dengan tukaran mata wang negara jiran berkenaan.

Daripada kadar bayaran VEP RM20 yang dikutip dari kenderaan asing Singapura yang masuk ke negara ini melalui Tambak Johor, dan Lebuhraya Linkedua, sebanyak RM15 diserahkan kepada kerajaan Persekutuan manakala RM5 kepada kerajaan Johor.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Jurucakap Konsulat Jeneral Brunei di Kuching berkata, CaP dengan kadar bayaran B$3 (RM9.30) akan…
Berita Domestik
Adun Kebun Bunga (PKR), Jason Ong Khan Lee berkata, selain itu, langkah itu dapat membantu…