Para pelanggan boleh menempah smart #1 menerusi aplikasi Hello smart App, dengan yuran tempahan RM1,000 yang boleh dikembalikan semula.
501 orang pelanggan yang terawal akan menerima tawaran eksklusif berupa kredit pengecasan bernilai RM1,001 yang akan dikreditkan selepas smart #1 dihantar kepada mereka.
Terdapat tiga varian yang ditawarkan, iaitu Pro, Premium dan versi prestasi tinggi Brabus.
Berikut merupakan spesifikasi ringkas setiap varian:
smart #1 Pro
• Motor elektrik tunggal, pacuan roda belakang
• 268 hp, 343 Nm
• Pecutan 0-100 km/j 6.7 saat
• Pek bateri LFP 49 kWh
• Jarak gerak 315 km (data WLTP)
• Rim aloi 19 inci seretan rendah
• Bumbung Halo Panoramik
• Pilihan warna Digital White, Laser Red, Cyber Silver, Quantum Blue, Future Green
• Kemasan trim dalaman After Dark
smart #1 Premium
tambahan ciri di atas
• Pek bateri NMC 66 kWh
• Jarak gerak 440 km (data WLTP)
• Lampu depan CyberSpartsLED + Matrix
• Jeriji hadapan bercahaya
• Tambahan warna Atom Grey Matte, Lumen Yellow
• Kemasan trim dalaman Dark Matter dua tona
smart #1 Brabus
• motor elektrik berkembar, sistem pacuan semua roda
• 422 hp, 543 Nm
• Pecutan 0-100 km/j 3.9 saat
• Jarak gerak 400 km (data WLTP)
• Trim luaran dan dalaman Brabus eksklusif
• Kombinasi warna dua tona
-Atom Grey Matte, Meta Black, Cyber Silver (bumbung Radiant Red)
-Digital White, Laser Red, Cyber Silver (bumbung hitam)
-Atom Grey Matte (bumbung warna badan)
smart Malaysia mengumumkan harga jualan anggaran smart #1 bermula dari RM200,000 hingga RM250,000.