PROTON SUMBANG BUKU DAN KEBAJIKAN KEPADA SMK PROTON CITY

oleh Firdaus Razani|
Sempena bulan Ramadan, PROTON menunjukkan komitmennya terhadap pendidikan dan kebajikan masyarakat dengan dua inisiatif yang memberikan impak positif.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan memperuntukkan dana Zakat sebanyak RM10,000 untuk menaik taraf kemudahan surau sekolah.

 

proton

 

Sejajar dengan visi, PROTON telah menyumbang pelbagai bahan bacaan pendidikan serta kesusasteraan, dalam usaha memperkasakan generasi muda melalui pengetahuan dan pembelajaran.

Bahan bacaan itu diperoleh melalui kempen derma buku antara syarikat dengan lebih daripada 500 buku-buku disumbangkan oleh kakitangan PROTON.

 

proton

 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, berkata “Dengan memberikan akses rangkaian buku yang lebih luas kepada pelajar, kami yakin dapat memberi inspirasi kepada pelajar.

“Ia turut membolehkan perjalanan pendidikan mereka ke ara penemuan diri dan mengejar kerjaya masa depan mereka,”katanya.

 

proton

 

Dengan kerjasama yang rapat dengan SMK Proton City, PROTON berusaha untuk menyokong para pendidik dalam misi mereka untuk mendidik generasi yang akan datang.

Pengetua SMK Proton City, Zalina Ahmad turut merakamkan penghargaan terhadap sokongan PROTON dan menyedari impak ketara akan berlaku terhadap program pendidikan mereka.

Seiring dengan sumbangan buku itu, PROTON turut menyerahkan Dana Zakat sebanyak RM10,000 kepada surau SMK Proton City.

 

proton

 

Sumbangan itu akan digunakan untuk kerja-kerja penambahbaikan surau, termasuk pemasangan bumbung dan mozek lantai untuk bahagian solat wanita, menyediakan persekitaran yang kondusif untuk menunaikan solat dan aktiviti lain.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
Filem pendek itu dihasilkan dengan kerjasama Elite Definition Sdn Bhd, pengedar eksklusif untuk…