Promosi hujung tahun Suzuki Malaysia - ramai jadi pening

oleh HEZERI SAMSURI|
Pembelian motosikal memang mampu membuatkan ada yang pening kepala.

Antara puncanya ialah tawaran-tawaran yang menarik dan rekabentuk yang kuat meracun minda pembeli.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Suzuki Malaysia, pengimport, pemasang dan pengedar rasmi motosikal jenama Suzuki kini melancarkan promosi jualan hujung tahun yang melihat pemberian rebat sehingga RM10,000.

Pengedar-pengedar Suzuki juga memberikan tawaran pakej aksesori yang juga menarik,menambahkan lagi pening kepala bakal pembeli.

Antara model-model yang menerima rebat tinggi ialah V-Strom 800 DE, GSX-S1000 GT, GSX-8S dan Katana.

Model-model seperti GSX-S750 dan V-Strom 650 XT juga diberikan rebat-rebat dan pakej menarik.

 

 

Model baharu seperti V-Strom 800 DE dan GSX-8S bukan hanya menggunakan enjin dengan teknologi terkini, tetapi rekabentuk kerangka moden yang menjadikan tunggangan lebih menyeronokan.

Ia juga menggunakan kawalan komputer yang memberikan pilihan mod tunggangan yang lebih mantap dan paling penting, selamat dalam cuaca buruk.

Di dalam dunia di mana ramai pembeli atau "kaki motor" sudah tidak lagi mengenali jenama atau teknologi enjin, 
tawaran-tawaran ini memberikan kelebihan kepada Suzuki.

Antara kelebihan menggunakan produk dari jenama yang terbukti ialah:

  • Kemudahan untuk servis yang lebih mudah
  • Stok alatganti yang banyak
  • Sokongan teknikal dan alat ganti di seluruh dunia memudahkan kita menunggang jauh
  • Sokongan aksesori berkualiti dari jenama-jenama besar
  • Prestasi enjin yang memberikan lebihan tenaga dan lasak
  • Penggunaan bahan api yang lebih baik
  • Nilai jual balik yang jauh lebih tinggi

Di bawah ialah salah satu poster promosi kempen Suzuki yang dicanang oleh Gene Advance, pengedar jenama Suzuki di Batu Caves.

 

 

Di bawah ialah video tunggang uji Careta untuk model V-Strom 800 DE di Itali.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Suzuki Motor Thailand (SMT) ditubuhkan pada 2011, berikutan pengumuman kerajaan Thailand pada 2007…
Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…