PROLINTAS tunggu laporan mangsa langgar benang

oleh Firdaus Razani|
gambar dari The Reporter
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) komited untuk memberi kerjasama penuh dalam siasatan pihak polis berkenaan insiden penunggang motosikal yang cedera didakwa akibat terlanggar benang yang melintang di atas Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Menurut PROLINTAS, pihak mereka masih belum menerima sebarang laporan daripada mangsa dan menyarankan agar mangsa untuk tampil memfailkan aduan kepada pihak berkuasa.

 

 

PROLINTAS juga menggesa mana-mana saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkenaan insiden berkenaan untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya atau PROLINTAS secara terus.

Bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya, pasukan Peronda SUKE telah mula meningkatkan pengawasan di sepanjang lebuh raya.

Sebarang aktiviti berbahaya termasuk permainan layang-layang berdekatan lebuh raya akan diawasi dan dilaporkan kepada pihak polis dengan segera.

Selain itu, SUKE bersama-sama dengan persatuan penduduk setempat akan menambah baik langkah-langkah keselamatan bagi membendung insiden sama berulang.

PROLINTAS menegaskan bahawa keselamatan pengguna dan masyarakat sekeliling adalah keutamaan.

Pihak Lebuhraya SUKE akan terus memberi perhatian terhadap situasi berkenaan dan menyediakan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

prolintas

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Pelaburan tersebut adalah penting untuk membantu Kumpulan PROLINTAS dalam penstrukturan semula…
Berita Domestik
Program tersebut merupakan inisiatif bersama masyarakat menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan…