Prolintas tingkat usaha cari bakat tempatan dalam bidang STEM

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat konsesi lebuh raya Prolintas telah melancarkan inisiatif untuk meningkatkan lebih banyak bakat tempatan di dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut ketua komunikasi korporat Prolintas, Badri Ibrahim berkata, langkah itu seiring dengan wawasan syarikat yang mahu memajukan kejuruteraan lebuh raya bagi memenuhi permintaan masa depan.

“Jurutera dan pemaju tempatan telah banyak menyumbang kepada kejayaan projek-projek terbaharu kami, seperti Lebuh Raya Bertingkat Damansara–Shah Alam (DASH) dan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE),” katanya pada acara Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Pulau Pinang.

“Ini menunjukkan bahawa kita harus tekankan pencarian bakat-bakat baharu dalam kalangan orang tempatan,” tambahnya.
 

prolintas


Badri berkata antara inisiatif yang telah dilancarkan oleh Prolintas ialah Protégé Programme and On-Job Training yang telah disertai oleh 201 peserta.

“Ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan syarikat ini dalam memperkasa bakat-bakat dalam bidang STEM. Setakat ini, sebanyak 97 program latihan khusus dalam bidang STEM sudah kami laksanakan,” katanya.

Beliau berkata kira-kira 60% peserta memiliki latar belakang STEM dan 20% daripada mereka kini telah diserap masuk menjadi kakitangan Prolintas.

“Kami komited membina tenaga kerja dengan kemahiran STEM. Prolintas sekarang ini mempunyai kira-kira 750 kakitangan dalam pelbagai bidang,” tambahnya.

Sumber: FMT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Pelaburan tersebut adalah penting untuk membantu Kumpulan PROLINTAS dalam penstrukturan semula…
Berita Domestik
Program tersebut merupakan inisiatif bersama masyarakat menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan…