PROLINTAS agih 1,957 nasi lemak percuma sempena Merdeka 2023

oleh Mohamad Hanif|
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) hari ini telah mengedarkan 1,957 nasi lemak percuma kepada pengguna sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Agihan tersebut dijalankan bermula dari jam 8 pagi di beberapa plaza tol di enam lebuh raya kendaliannya termasuklah Plaza Tol Datuk Keramat (AKLEH), Plaza Tol Bukit Jelutong (GCE), Plaza Tol Alam Impian (LKSA), Plaza Tol Alam Damai (SUKE) dan Plaza Tol Kota Damansara (DASH) dengan menyasarkan pengguna yang keluar untuk meraikan kemerdekaan negara di sekitar Lembah Klang.
 

prolintas


Selain itu, PROLINTAS juga turut mengagihkan lebih 1,000 nasi lemak di kawasan Rehat Elmina, Lebuhraya GCE menjadikan jumlah keseluruhan nasi lemak sebanyak 3,000 unit.  

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, PROLINTAS turut menjalankan pelbagai kempen bersama warga kerja dan peniaga di kawasan rehat lebuh raya, termasuklah memasang 600 Jalur Gemilang di sepanjang AKLEH, GCE, LKSA, SILK, SUKE dan DASH, dan mengadakan Pertandingan Menghias Premis Jualan di Kawasan Rehat Elmina, Lebuhraya GCE.
 

prolintas


Kempen memakai pakaian bertemakan kemerdekaan ke pejabat juga telah dijalankan pada 30 Ogos bagi menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan warga kerja PROLINTAS.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut ketua komunikasi korporat Prolintas, Badri Ibrahim berkata, langkah itu seiring dengan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, sumbangan…
Berita Domestik
Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Dato' Mohammad Azlan Abdullah…