Projek Nissan 400Z mungkin tak jadi kenyataan?

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, telah kedengaran beberapa khabar yang mengesahkan Nissan sedang berusaha untuk menghidupkan kembali model kereta sports generasi baharu yang bakal membuat kemunculan 'tidak lama lagi'.
Modenas

Apatah lagi Nissan juga turut mengambil langkah mendaftarkan paten logo Z yang klasik, menguatkan lagi fakta kehadiran kereta sports pacuan roda belakang tersebut.

Namun, usah gembira terlalu awal kerana Naib Presiden Kanan Unit Rekaan Global Nissan, Alfonso Albaisa berpendapat sebaliknya.

Dalam satu kolum Roadshow, Alfonso menggunakan jawapan standard "kami tidak mahu memberikan penjelasan terhadap perancangan produk masa hadapan."

 

 


Alfonso turut mengesahkan bahawa segala informasi dan data yang diperoleh daripada Ketua Perancangan Produk Global Ivan Espinosa adalah berasaskan spekulasi semata-mata dan tidak tepat sama sekali.

Jadi, adakah projek ini masih diteruskan?

Tidak diketahui, namun Alfonso menyebut, "anda tidak akan tahu apa yang bakal hadir dari Nissan pada masa akan datang.

Nissan sebelum ini dilaporkan menghasilkan pengganti Nissan 370Z dengan sebuah kereta sports baharu - nama Nissan 400Z - dengan enjin 3.0 liter bentangan V6 turbo berkembar yang mampu menghasikan 400 kuasa kuda.

Sementara versi NISMO pula dikatakan mampu mencapai kuasa setinggi 475 kuasa kuda.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan membangunkan sendiri kereta sports mereka tanpa bantuan orang lain dan kehadiran transmisi…
Berita Global
Dalam video terbaharu ini, beberapa aspek rekaan diperlihatkan mengesahkan lagi laporan terdahulu…
Berita Global
Ini kerana lakaran bahagian belakang Nissan Proto Z tersebut sangat bertepatan dengan beberapa…