Nissan 400Z VeilSide "Han's 400Z" muncul di TAS 2023

oleh Mohamad Hanif|
Firma penala kereta VeilSide membawakan projek terbaharu mereka pada acara Tokyo Auto Salon 2023, iaitu sebuah Nissan Z dengan kit badan lebar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Difahamkan, jentera terbaharu ini bakal digunakan oleh pelakon Fast & Furious, Sung Kang dalam francais filem terbaharu berdasarkan hantaran di laman Instagram pelakon itu sendiri.

Berdasarkan pemerhatian, struktur panel luaran Nissan Z ini telah diberikan penampilan yang lebih lebar, sementara bampar depan juga menjadi lebih agresif.
 

40Z


Profil sisi kereta ini menampilkan penambahan pada bahagian fender lebar dengan rekaan rivet terdedah.

Pada bahagian belakang, tiada sayap dibekalkan, sebaliknya Nissan Z ini dipasangkan dengan spoiler beserta winglet menegak yang dihiasi dengan logo Veilside.

Nissan 400Z ini membawakan tema warna dua tona hitam dan jingga, menepati tema asal Mazda RX-7 Veilside yang muncul buat kali pertama dalam filem Tokyo Drift.
 

400Z


Menurut VeilSide, Nissan 400Z ini masih lagi kekal standard dengan enjin VR30DDTT yang mampu menjana 400 hp. Berkemungkinan besar ia akan hadir dengan talaan tersendiri daripada VeilSide.

Selain daripada itu, Nissan 400Z Veilside ini didatangkan dengan sistem suspensi udara kustom, sistem pembesar suara DIECOCK, dan rim VeilSide Andrew Forged 20 inci yang dibaluti tayar Bridgestone Potenza.
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by sung kang (@sungkangsta)

 

Menariknya, laman web rasmi produk itu mendedahkan kereta ini akan muncul di layar perak pada tahun 2024.

Ini bermakna, watak Han Seoul-Oh berjama jentera ini berkemungkinan besar akan muncul pada filem ke-11 atau ke-12, atau mungkin sekali salah satu daripada filem spin-off yang telah dirancang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Umum juga mengetahui bahawa rekaan sebenar versi produksi Nissan Z (atau Nissan 400Z berdasarkan…
Berita Global
Meskipun gambar tersebut dilihat kabur (atau sengaja dikaburkan), ia menampilkan tempat duduk yang…
Berita Global
Ini dibuktikan dengan lebih jelas lagi menerusi gambar bocor yang baharu sahaja diperoleh Autoblog…