Program GTSP: 26 Pengusaha Stesen Minyak Petron terima surat penghargaan PDRM

oleh Mohamad Hanif|
Sebanyak 26 pengusaha stesen minyak Petron telah menerima surat penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas sumbangan mereka menjayakan program Go-To-Safety-Point (GSTP).

Sebagai syarikat minyak pertama yang bekerjasama dengan PDRM, Petron kini mempunyai lebih 760 stesen minyak yang berfungsi sebagai lokasi selamat untuk bantuan kecemasan awal. 

Program GTSP ini merupakan inisiatif kerajaan yang diterajui PDRM di bawah program “United Against Crime” bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. 
 

Petron


Sepanjang tahun 2022, stesen minyak Petron melaporkan sebanyak 36 insiden GTSP, termasuk keganasan rumah tangga, kemalangan jalan raya, serta beberapa insiden lain. 

Semua stesen minyak GTSP Petron mempunyai pelekat tingkap GTSP, serta sudut bertenang yang dilengkapi dengan peti pertolongan cemas, kerusi dan selimut. 

Selain daripada itu, pada tahun 2022 Petron telah bekerjasama dengan artis tempatan Art Batalion melancarkan mural mesej keselamatan di stesen minyak. 
 

Kopi


Tahun ini, kerjasama itu memperlihatkan lukisan mural seorang ibu memakaikan topi keledar pada anak perempuannya dengan mesej peribahasa “Alah bisa, tegal biasa” yang dicetak pada pemegang cawan panas mesra alam Richiamo Coffee. 

Pemegang cawan panas GSTP itu boleh didapati di tiga cawangan Richiamo Coffee di stesen minyak Petron, iaitu Richiamo Coffee Kuala Kangsar, Bukit Beruntung, dan Jitra bermula Disember 2023. 

Petron juga akan menyediakan pemegang cawan kopi GSTP di cawangan Richiamo yang lain, serta 40 buah kedai serbaneka Treats. 
 

Petron

 

Menurut Ketua Perniagaan Runcit Petron, Puan Shaliza Mohd Sidek berkata, “syarikat Petron telah lama bekerjasama dengan PDRM dalam program GTSP. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 kami bersama PDRM dalam pelaksanaan program ini. 

“Kami bukan sekadar berazam untuk melindungi keselamatan komuniti setempat, kami juga mahu pelanggan kami berasa selamat apabila mereka singgah di stesen minyak Petron. 

“Dengan latihan konsisten, semua kakitangan di stesen minyak adalah terlatih dan mampu menawarkan bantuan awal kepada pelanggan semasa keadaan kecemasan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama tersebut termasuk pemuliharaan biodiversiti dan ekonomi kitaran, dengan meneruskan…
Berita Domestik
Program GTSP ini merupakan inisiatif kerajaan di bawah "United Against Crime" bertujuan untuk…
Berita Domestik
Kesemua 28 pengusaha itu dianugerahkan surat penghargaan kerana memberikan bantuan awal kepada…