Petron bekerjasama dengan syarikat platform kitar semula, Klean Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai orang mengitar semula melalui sistem deposit kontena digital.
Pelanggan kini boleh mengitar semula bekas makanan plastik, botol plastik dan tin aluminium di RVM dan mengumpul mata ganjaran melalui Aplikasi Kitar Semula Klean untuk penebusan baucar.
Inisiatif baharu tersebut bertujuan untuk memupuk sifat kitar semula dalam tingkah laku masyarakat, yang mana ianya merupakan langkah pertama ke arah pelaksanaan ekonomi kitaran.
Ia selari dengan komitmen syarikat Petron untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) 11 dan 12 dan Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 ke arah kitaran plastik.
Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Shaliza Mohd Sidek berkata “Matlamat utama yang perlu kita semua lakukan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penggunaan plastik.
“Kami berharap RVM Klean yang dipasang di stesen minyak kami akan memainkan peranan dalam meningkatkan pemahaman dan komitmen orang ramai terhadap pelupusan plastik dengan bertanggungjawab.” katanya.
Sebagai makluman, program dan inisiatif kitar semula plastik bukanlah perkara yang baru bagi Petron Malaysia.
Pada Disember tahun lepas, pengedar stesen minyak Petron di wilayah selatan telah mengadakan Kempen “Rehydrate and Recycle” selama tiga bulan untuk mendidik pelanggan menjadi pengguna plastik yang bertanggungjawab.
Pada penghujung kempen, sebanyak 255kg penutup botol plastik telah berjaya dikumpul serta diproses semula menghasilkan 16 bangku, dan seterusnya disumbangkan kepada kerajaan negeri Johor.
Pengurus stesen minyak Petron Lebuh Bandar Utama, Nadia Othman berkata, “Kami berbangga menjadi stesen Petron pertama yang menggunakan RVM selepas melalui proses pemilihan yang amat teliti.
“Mesin RVM yang canggih ini memperkemaskan proses kitar semula botol plastik kosong dan tin dalam komuniti kita.” katanya.
RVM yang berasaskan AI disokong oleh mekanisme pembelajaran mesin, dan membolehkan pengesanan jenis bahan dengan serta merta untuk botol plastic yang dimasukkan.
RVM kemudian mengumpul data masa yang nyata seperti bilangan pengitar semula, kuantiti plastik dan aluminium yang dimasukkan ke dalam mesin, dan anggaran penghindaran jejak karbon.
Selain itu, Klean adalah satu-satunya syarikat yang memperoleh 100 peratus status pengecualian cukai daripada Kementerian Kewangan Malaysia dalam industri ekosistem RVM.
Pengasas Bersama atau Ketua Pegawai Operasi Klean, Syed Zain Almohdzar berkata “Kami adalah ekosistem RVM pertama yang disertakan dengan skim ganjaran.
“Hari ini, Klean telah memasang lebih dari 60 mesin RVM di Malaysia, ditempatkan secara strategik di kawasan berpenduduk padat.
“Kami berhasrat untuk meluaskan lagi rangkaian mesin kami dan juga menambah liputan mesin kami ke lebih banyak lokasi stesen minyak Petron.” katanya.
Petron menyasarkan untuk memasang mesin Klean ini di sekitar 100 lokasi di Lembah Klang dengan tujuan untuk memupuk kelestarian alam sekitar dalam komunitinya dalam beberapa bulan yang akan datang.