PETRON DAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BERSAMA TERAJU KELESTARIAN ALAM SEKITAR

oleh Firdaus Razani|
Petron Malaysia baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk bersama memacu kelestarian alam sekitar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama tersebut termasuk pemuliharaan biodiversiti dan ekonomi kitaran, dengan meneruskan inisiatif sedia ada seperti projek penyerapan dan penyimpanan karbon di ‘Port Dickson Green Lung’.

Tujuan Projek ‘Port Dickson Green Lung’ dijalankan adalah untuk memelihara hutan belantara yang seluas 400 ekar di sekitar Kilang Penapisan Petron Port Dickson.

 

petron

 

Kawasan tersebut akan digunakan untuk memperkayakan tahap biodiversiti, serta menjadi kawasan tadahan karbon semula jadi yang menyerap karbon daripada atmosfera untuk meningkatkan kualiti udara bagi penduduk setempat.

Bagi menggalakkan ekonomi kitaran, pihak UPM akan memproseskan kajian untuk mengitar semula sisa Bio-Sulphur yang dijana daripada kilang penapisan Petron kepada bahan tambahan baja.

 

petron

 

Di samping itu, mereka juga menyelidik bahan sisa yang dijana daripada Loji ‘Palm Methyl Ester’ sawit (PME) Petron untuk mencapai objektif yang sama.

Kedua-dua inisiatif tersebut akan mengurangkan pelupusan bahan sisa serta dapat mewujudkan ekonomi kitaran yang berkesan.

Pengurus Besar Syarikat Petron Malaysia, Faridah Ali berkata “Kerjasama kami dengan UPM untuk projek ‘Port Dickson Green Lung’ serta kajian sisa pepejal telah membuahkan hasil di dalam usaha kami dalam pemuliharaan biodiversiti dan ekonomi kitaran.

 

petron

 

“Ini adalah selaras dengan falsafah alam sekitar kami iaitu ‘Lindungi Alam Sekitar Kita Hari Ini untuk Masa Depan yang Lebih Baik.”katanya.

MoU itu turut menandakan komitmen Petron dan UPM untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan kaya dengan biodiversiti untuk menangani perubahan iklim.

Kerjasama itu akan memanfaatkan gabungan kelebihan dan keupayaan kedua-dua pihak dari segi kepakaran, teknologi, rangkaian dan sumber dari bidang penyelidikan, pendidikan, serta pengurusan projek.

 

petron

 

UPM komited untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Kampus Hijau yang terkemuka di Malaysia, disamping mewujudkan komuniti kampus yang peka terhadap alam sekitar.

Perkongsian kelestarian ini adalah sejajar dengan sokongan Petron untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs) yang meliputi Tindakan Iklim, Kehidupan di Darat serta Kerjasama Demi Matlamat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program yang berlangsung di stesen minyak Petron terpilih itu diadakan untuk memberi kesedaran…
Berita Domestik
Petron bekerjasama dengan syarikat platform kitar semula, Klean Malaysia untuk menggalakkan lebih…
Berita Domestik
Sebagai syarikat minyak pertama yang bekerjasama dengan PDRM, Petron kini mempunyai lebih 760…