Toyota Aqua 2022 (Prius C) generasi kedua dilancarkan di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Prius C, atau nama lainnya Toyota Aqua telah pun diproduksikan sejak tahun 2011 sehinggalah sekarang, dan hatchback hibrid tersebut kini digantikan dengan generasi kedua yang dilancarkan di Jepun baru-baru ini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Jika dibandingkan dengan generasi terdahulu, Toyota Aqua kini didatangkan dengan trenkuasa yang lebih cekap 20 peratus, platform baharu serta rekaan yang jauh lebih moden.

Sebut pasal platform, Toyota Aqua dibangunkan atas pelantar TNGA-B - pelantar yang sama digunakan pada Toyota Yaris Eropah, di mana jarak antara roda bertambah sebanyak 50 mm yang memberikan ruang kabin yang lebih luas.

 


Di bawah hud enjin terdapat nadi petrol 1.5 liter yang digandingkan dengan motor elektrik, serta pek bateri serba baharu nickel-hydrogen bipolar dengan output dua kali ganda berbanding unit lama.

Menurut Toyota, unit pek bateri serba baharu ini membolehkan Aqua bergerak di dalam mod EV dalam tempoh masa yang lebih lama, dengan kelajuan yang lebih tinggi berbanding generasi terdahulu.

Selain daripada itu, Toyota Aqua juga turut boleh dioperasikan dengan menggunakan satu pedal, terima kasih kepada mod Power+ yang menggunakan brek regeneratif bagi proses nyahpecutan.

 


Unit trenkuasa hibrid yang ada pada Toyota Aqua ini boleh digunakan kembali sebagai unit penjana kuasa kecemasan, terutama ketika berlaku insiden bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya.

Sistem bekalan kuasa kecemasan ini boleh diakses menerusi outlet kuasa 1,500 watt/AC 100 voltan.

Ruang kabin Toyota Aqua kini jauh lebih bergaya dengan penampilan kluster instrumen digital, skrin tengah bersaiz 10.5 inci, serta penawaran ruang-ruang storan yang boleh didapati pada papan pemuka, panel pintu serta konsol tengah.

 


Dari segi keselamatan, Toyota Aqua kini dilengkapi dengan penawaran terkini Toyota Safety Sense yang merangkumi kawalan jelajah dinamik radar, Lane Tracing Assist, dan sistem parkir Teammate Advance Park.

Harga jualan bermula dari 1,980,000 yen (RM76,451) untuk versi asas pacuan roda hadapan, sehinggalah 2,598,000 yen (RM100,313) untuk versi pacuan semua roda E-Four.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Penawaran trim GR Sport kini diperluaskan pada model Toyota Aqua GR Sport 2023 yang sudah pun boleh…
Informasi
Satu daripada model hibrid yang popular pada tahun 2012 di pasaran tempatan ialah Toyota Prius C…