PRO-NET ambil alih pengurusan e.Mas

oleh Firdaus Razani|
PRO-NET, sebuah anak syarikat PROTON, telah umum ambil alih pengurusan jenama e.MAS, yang merupakan penambahan terbaru di dalam portfolio kenderaan elektrik (EV) mereka selepas pelancaran rasmi jenama itu pada 12 Jun 2024.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

PRO-NET telah diberikan tanggungjawab yang penting dalam membangunkan jenama e.MAS bagi mengukuhkan pasaran dan bersiap sedia untuk pelancaran produk yang akan datang.

Tanggungjawab ini termasuklah merekrut sebuah pasukan yang berdedikasi, menubuhkan rangkaian pengedar yang kukuh serta menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengecas bagi memastikan ekosistem EV berjalan dengan lebih lancar.

Melihat rekod prestasi daripada pelancaran smart #1 yang kini menjadi pesaing utama dalam segmen SUV Premium dan juga pengenalan smart #3 yang akan datang. PRO-NET telah bersiap sedia untuk menerajui jenama Proton e.MAS.

PRO-NET akan memanfaatkan rangkaiannya yang kukuh, berserta pengembangan platform digitalnya dan juga kakitangan yang pakar dalam teknologi EV.

Ia bagi memastikan e.MAS bukan sahaja dapat menyaingi tetapi juga melepasi kejayaan yang diperlihatkan model jenama smart dalam lanskap EV.

 

ev

 

Dr. Li Chunrong, CEO PROTON, menyatakan keyakinannya terhadap keupayaan PRO-NET. "Kepakaran yang telah dibangunkan oleh PRO-NET sepanjang dua tahun lepas meletakkan kami pada kedudukan yang unik bagi mengangkat jenama Proton e.MAS ke barisan hadapan dalam industri EV di Malaysia.

Bakal pelanggan kami bukan sahaja akan mendapat manfaat daripada rangkaian perkhidmatan yang menyeluruh, malah, melebihi jangkaan mereka, sama seperti pemilikan pengalaman premium yang disediakan kepada pemilik kenderaan smart." Kata Dr. Li.

Keterujaan terhadap jenama e.MAS jelas dilihat apabila lebih dari 25,000 peserta telah menyertai peraduan meneka jenama baru tersebut.

 

 

 

PRO-NET dengan sukacitanya mengumumkan para pemenang pertandingan ini:

 

• Hadiah Utama sebanyak RM5,000 dimenangi oleh Puteri Hanna Batrisha Ibrahim

• Hadiah Naib Johan sebanyak RM1,500 dimenangi oleh Noor Hidayah Mohd Rodzi

• Hadiah Ketiga sebanyak RM1,000 dimenangi oleh Ahmad Norrizzuan Noor Azhar

 

Selain itu, PRO-NET mengumumkan bahawa akaun media sosial rasmi Proton e.MAS kini aktif dengan nama pengguna "Proton e.MAS Cars" di Facebook dan Xiaohongshu. "@protonemasofficial" di Instagram dan TikTok.

ev

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anugerah ini merupakan penghargaan bagi mengiktiraf prestasi PRO-NET dalam pasaran kenderaan…
Informasi
smart #1 adalah model pertama yang dijual oleh PRO-NET dan dibina di atas Seni Bina Elektrik…
Telah Diuji
Di Malaysia, pengedaran dan penjualan kereta elektrik smart dikendalikan oleh Pro-Net, sebuah anak…