PRO-NET raih anugerah berprestij dari smart Automobile

oleh Firdaus Razani|
PRO-NET telah menerima anugerah yang berprestij iaitu ‘Best Oversea Pioneer Partner’ oleh smart Automobile, usaha sama antara Mercedes-Benz dan Geely Holding di Forum Global smart yang diadakan di Beijing.

Anugerah ini merupakan penghargaan bagi mengiktiraf prestasi PRO-NET dalam pasaran kenderaan elektrik (EV).

Selepas penilaian menyeluruh dari 22 buah negara, PRO-NET tersenarai antara tiga syarikat teratas dalam anugerah ini.

 

smart

 

smart Global memperakui kebolehan PRO-NET sebagai syarikat yang mempunyai kualiti pembinaan rangkaian yang luar biasa, pegangan pasaran EV yang mengagumkan dan pemasaran yang inovatif.

Pencapaian ini antara faktor yang menyumbang kepada penyelesaian mobiliti lestari.

PRO-NET komited dalam menyediakan pengalaman pemilikan premium yang dapat dilihat melalui pelan perluasan strategiknya di seluruh rangkaian pengedar serta pengecasannya di seluruh negara.

Dengan 13 buah pengedar rasmi smart yang direka untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik, PRO-NET dapat menyokong sepenuhnya pemilik smart #1 sedia ada dan pelanggan baru bagi smart #3 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

 

smart

 

Kesemua pengedar rasmi smart memiliki latar belakang pasaran yang kukuh dan premium serta mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi, mengukuhkan kedudukan PRO-NET kepada kecemerlangan dalam sektor EV.

Selain itu, PRO-NET juga telah meningkatkan infrastruktur dan kebolehpercayaan pelanggan melalui rangkaian pengecasan yang semakin berkembang termasuk 36 ruang pengecas merangkumi 9 negeri di Malaysia.

Dengan penyediaan infrastruktur yang menyeluruh inisiatif ini dapat mengukuhkan lagi kedudukan PRO-NET sebagai peneraju industri dalam menyediakan sokongan yang terbaik dan juga perkhidmatan selepas jualan kepada semua pemilik EV di Malaysia.

smart Automobile mengiktiraf komitmen PRO-NET dalam memanfaatkan teknologi kepada pengalaman pelanggan dan mempromosikan mobiliti lestari.

Pencapaian cemerlang PRO-NET adalah melalui pengenalan Aplikasi Hello smart, yang dapat mengubah cara pengguna berinteraksi dengan kenderaan smart mereka.

Sebuah platform digital yang lancar ini dapat mengintegrasikan teknologi moden ke dalam rutin harian pengguna serta meningkatkan kemudahan perjalanan dan pemilikan secara keseluruhan.

 

smart

 

Peta pengecasan yang diintegrasi dalam Aplikasi Hello smart menyediakan akses kepada 75 peratus titik pengecasan di seluruh negara.

Hal ini dapat memberikan aksesibiliti kepada pengguna untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih lancar.

Seterusnya, penambahan halaman komuniti dalam aplikasi ini membolehkan pengguna smart dapat berhubung, memperoleh tip penggunaan produk, berkongsi pengalaman, dan bertukar pendapat dalam komuniti di Aplikasi Hello smart.

PRO-NET telah berada di barisan hadapan dalam pemasaran inovatif, menerajui inisiatif yang mendorong kepada peralihan kenderaan elektrik (EV).

Kempen ‘Go Green Go smart’ memberikan insentif kepada pemilik kenderaan enjin petrol (ICE) untuk beralih kepada EV, sejajar dengan usaha kelestarian global.

Inisiatif ini tidak hanya menggalakkan penggunaan EV, tetapi juga mendidik pengguna mengenai manfaat penyelesaian mobiliti lestari.

Selain daripada mempromosikan EV, smart Malaysia komited untuk memupuk bakat dan inovasi dalam mendidik mengenai mobiliti elektrik.

smart telah membina platform untuk melatih pakar jualan mengenai teknologi EV serta menawarkan ganjaran dan laluan kerjaya dalam membangunkan duta teknologi EV dan pendukung kemajuan pengangkutan lestari.

Tambahan, smart telah berkolaborasi bersama pelajar universiti dalam menyediakan platform untuk memaparkan kreativiti mereka melalui video pendek mengenai mobiliti elektrik.

Inisiatif ini bukan sahaja memupuk kreativiti tetapi juga bakat generasi seterusnya untuk membayangkan semula masa depan mobiliti melalui penceritaan mereka.

Di Malaysia, smart dengan pantas dinobatkan sebagai tiga pilihan utama segmen kenderaan SUV EV premium walaupun hanya melancarkan satu model sahaja di pasaran.

Dari awal pelancaran sehingga bulan April, smart menduduki tempat keempat sebagai jenama EV premium secara keseluruhan.

 

smart

 

Kejayaan ini adalah bukti kepada keyakinan dan kepercayaan pelanggan kepada jenama dan ekosistem smart yang komprehensif termasuklah Aplikasi Hello smart.

Dalam menerajui sektor EV, PRO-NET komited untuk mengejar kecemerlangan dan berusaha dalam menjalankan tanggungjawab kepada alam sekitar.

PRO-NET bertekad dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik demi menerajui masa depan yang lestari untuk mobiliti bandar.

Berita Berkenaan

Informasi
smart #1 adalah model pertama yang dijual oleh PRO-NET dan dibina di atas Seni Bina Elektrik…
Telah Diuji
Di Malaysia, pengedaran dan penjualan kereta elektrik smart dikendalikan oleh Pro-Net, sebuah anak…
Berita Domestik
Menurut Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia berkata, "Kejayaan smart #1 tidak hanya…