Porsche tidak pernah anggap Tesla sebagai pesaing rapat

oleh Mohamad Hanif|
Dengan pengenalan Porsche Taycan ke pasaran, ia menandakan langkah pertama pengeluar kereta sports Jerman itu dalam mempromosikan penggunaan tenaga elektrik di dalam sektor automotif, diikuti oleh model-model lain seperti Taycan Cross Turismo, Macan EV dan 718 EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sudah pasti ramai yang membanding-bezakan antara Porsche dengan pengeluar EV sepenuh masa - Tesla, namun menurut satu temubual yang dijalankan oleh Automotive News, Porsche tidak pernah menganggap Tesla sebagai pesaing sebenar.

Menurut bos R&D Porsche, Michael Steiner berkata, "tidak seperti Porsche, Tesla lebih mensasarkan jumlah penjualan keseluruhan, di mana Porsche tidak pernah berniat untuk menyaingi Tesla dari segi itu.

"Walaupun orang ramai gemar beranggapan sedemikian, kami tidak pernah menganggap Tesla sebagai pesaing rapat kami.

 


Untuk menjadikan alasan tersebut lebih kukuh, lihat sahaja pada harga jualan yang diumumkan oleh kedua-dua pengeluar menerusi model Taycan dan juga Model S dan Model 3.

Secara asasnya, harga jualan Tesla Model 3 bermula dari $39,990 manakala model yang sepatutnya bersaing dengan Porsche Taycan, Tesla Model S bermula dari $79,990.

Secara perbandingan, Porsche Taycan pula dijual pada harga bermula dari $103,800 di Amerika Syarikat untuk model asas, diikuti oleh varian Taycan Turbo ($105,900) dan Taycan Turbo S ($180,000).

Malah, pendekatan Porsche dalam menawarkan saiz pek bateri juga berbeza berbanding Tesla.

 


"Bateri berkapasiti tinggi yang ada pada Tesla Model S tidak ideal dari segi kesan jangka panjang. Kami percaya pek bateri yang lebih kecil, lebih ringan dan kurang mahal mampu dicaj dengan lebih cepat.

"Paling penting, kami tidak bercadang untuk menjadi peneraju di dalam jarak operasi kereta elektrik.

Untuk pengetahuan, Porsche Taycan mampu bergerak sejauh 323 km manakala Tesla Model S Long Range pula mampu bergerak hampir dua kali ganda berbanding Taycan, iaitu kira-kira 600 km untuk sekali cas penuh.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…