Porsche sedang bangunkan Panamera EV, Taycan generasi kedua

oleh Mohamad Hanif|
Porsche dilapor sedang membangunkan dua buah model baharu menggunakan platform khas Scalable Systems Platform (SSP) Kumpulan Volkswagen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang dimaksudkan itu adalah Porsche Panamera versi elektrik sepenuhnya, serta generasi kedua sedan elektrik Porsche Taycan.

Kedua-dua model itu bakal memiliki persamaan seperti struktur, trenkuasa, komponen casis, sistem operasi Cariad daripada kumpulan VW, dan senibina elektrik  yang mampu menyokong teknologi pemanduan autonomi Tahap 3.
 

taycan


Difahamkan, platform SSP itu akan diubahsuai memandangkan terdapat laporan yang mencadangkan Porsche mahukan ciri seperti lantai kabin dan titik graviti rendah yang sama seperti model Taycan sedia ada.

Menurut laporan Autocar, biarpun pembangunan Panamera EV masih di dalam peringkat awal, model elektrik tersebut dijangka akan membawakan jarak antara roda dan panjang yang sama dengan model Panamera lebih panjang yang ditawarkan untuk pasaran China.

Model baharu ini akan turut menampilkan senibina bateri 800 voltan dengan teknologi sel yang lebih cekap tenaga serta kandungan anod silikon yang lebih tinggi berbanding model-model Porsche masa kini.
 

panamera


Model Panamera EV itu dijangka akan muncul pada separuh kedua dekad ini dan dijual bersama-sama dengan model Panamera berenjin pembakaran dalaman sehingga tahun 2030.

Selain daripada Porsche Panamera EV dan Taycan generasi kedua, Porsche juga dilapor sedang membangunkan SUV baharu dengan konfigurasi tujuh tempat duduk dengan menggunakan platform SSP Sport.

Ia dijangka akan muncul pada pertengahan dekad ini.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…