Porsche rancang guna keluli kurang karbon bermula 2026

oleh Penyumbang Rencana 2|
Porsche AG dan syarikat tenaga jenis baharu Sweden, H2 Green Steel telah menandatangani perjanjian untuk membekalkan keluli kurang carbon (CO₂).

Matlamatnya adalah untuk menambah baik lagi keseimbangan pelepasan kenderaan Porsche dengan menggunakan bahan yang lebih mesra alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula pada akhir 2025, H2 Green Steel merancang untuk menghasilkan keluli menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui. Menjelang 2026, Porsche akan dibekalkan dengan keluli tersebut daripada Syarikat H2 Green Steel tersebut dan bahan itu akan mempunyai salah satu bahan jejak karbon terendah di pasaran.

Menurut H2 Green Steel, elemen ini menghasilkan pelepasan karbon (CO₂) sehingga 95% lebih rendah daripada pengeluaran keluli konvensional yang mengunakan arang batu coking.

Sehingga 35,000 tan keluli pelepasan rendah yang dihasilkan di Sweden akan digunakan setiap tahun untuk pengeluaran siri kenderaan Porsche.

“Porsche sedang berusaha ke arah neutral karbon merentas rantaian nilai untuk keretanya menjelang 2030. Keluli kurang karbon (CO₂) memainkan peranan penting dalam strategi kemampanan kami. Dengan keluli daripada H2 Green Steel, kami menyasarkan untuk mengurangkan lagi pelepasan karbon (CO₂) yang disebabkan oleh bahan penting ini,” jelas Barbara Frenkel, Ahli Lembaga Eksekutif untuk Perolehan di Porsche AG.

Beberapa tahun kebelakangan ini, bahagian keluli dalam kenderaan Porsche telah dikurangkan secara berterusan. Dalam pada itu, Porsche semakin bergantung kepada aluminium untuk pembinaan yang lebih ringan.

Walau bagaimanapun, keluli kekal sebagai salah satu elemen utama dalam pembinaan kereta sport, ianya kerana sifat mekanikalnya yang sangat baik. 

“Tenaga, proses dan bahan menyumbang sebahagian besar pelepasan karbon (CO₂) dalam rantaian bekalan. Itulah sebabnya kami ingin meningkatkan penggunaan bahan kitar semula dan tenaga elektrik hijau dalam proses pengeluaran pembekal langsung sebagai sebahagian daripada usaha penyahkarbonan kami,” komen Barbara Frenkel.

Penulis: Firdaus Razani
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…