Porsche perlu bayar denda US$599 juta untuk skandal diesel

oleh HEZERI SAMSURI|
Pendakwaraya Jerman telah meletakan denda sebanyak US$598.99 juta (RM2.5 billion) kepada Porsche kerana sikap tidak ambil endah kepada isu penipuan emisi diesel Volkswagen.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Menurut pendakwaraya, sikap tidak acuh Porsche itu menyebabkan produk mereka dijual di Eropah dan beberapa negara lain dengan spesifikasi pelepasan asap yang tidak dibenarkan.

Menurut laporan Bloomberg, Porsche, anak syarikat Volkswagen itu mengakui jumlah penalti tersebut dan ia belum lagi membuat sebarang rayuan.

Porsche tidak pernah menghasilkan enjin diesel tetapi pengurus-pengurusnya tidak memastikan enjin-enjin diesel tersebut menepati piawaian sebelum dijual.

Pada 19 September 2015, kerajaan US mendapati Volkswagen menggunakan sistem komputer dalam kenderaan untuk menipu ujian asap.

Jenama-jenama terbabit yang berada di bawah payung syarikat itu ielah VW, Porsche dan Audi.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Pada tahun 2019, Porsche telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih yang tidak menyediakan mana-…
Berita Global
Namun tahukah anda, Porsche pada asalnya mahu menggunakan nama ‘Safari’ pada model 911 off-road ini…
Berita Global
Ini merupakan kali kelima Porsche Australia melakukan recall dalam masa kurang dari setahun, tahun…