Porsche Macan SUV paling laris, 47,755 unit terjual 1H 2023

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang tempoh separuh pertama tahun 2023 (Januari-Jun), Porsche telah mencatatkan angka pengedaran sebanyak 167,354 unit kenderaan, atau peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada jumlah tersebut, 36,574 unit telah diserahkan kepada pelanggan di Eropah, dengan kenaikan sebanyak 23 peratus, sementara pasaran Amerika Utara pula mencatatkan angka 41,937 unit (+12 peratus) untuk tempoh yang sama.

Biarpun berdepan dengan cabaran, Porsche masih lagi mampu mengedarkan 43,832 unit kenderaan di pasaran China, dengan peningkatan sebanyak 8 peratus.

Secara keseluruhan, SUV masih lagi merupakan model Porsche yang paling laris terjual, di mana sebanyak 47,755 unit Macan telah diedarkan (+26 peratus), diikuti 46,884 unit Cayenne (+12 peratus).

Sementara kereta sports Porsche 911 berterusan mendapat tempat di hati peminatnya, dengan jumlah sebanyak 26,124 unit (+21 peratus), diikuti Taycan sebanyak 17,991 unit (penurunan 5 peratus), 17,565 unit Porsche Panamera (+13 peratus) dan model 718 (Cayman & Boxster) sebanyak 11,035 unit (+13 peratus).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model Macan tersebut merupakan model generasi baharu yang dikuasakan dengan rangkaian kuasa…
Model Terbaharu
Menurut naib presiden komersial Lotus, Mike Johnstone, Lotus Type 134 dijangka akan menyumbang…
Telah Diuji
Acara yang berlangsung selama beberapa hari ini memberikan peluang bukan sahaja kepada para…