EV Lotus Type 134 bakal jadi seteru Porsche Macan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Lotus bakal menambahkan lagi penawaran model EV SUV nya melalui perkenalan Lotus Type 134, yang bakal menjadi seteru kepada model Porsche Macan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut naib presiden komersial Lotus, Mike Johnstone, Lotus Type 134 dijangka akan menyumbang separuh daripada jualan tahunannya menjelang 2028, yang akan meletakkan jualan model itu pada kira-kira 75,000 unit setahun.

Setakat ini, Lotus masih belum mendedahkan apa-apa perincian mengenai model SUV tersebut, namun Johnstone memberi bayangan bahawa ia bakal menggunakan varian dari platform EPA yang dibina khas untuk model lebih kecil.

Panjangnya kurang daripada lima meter memberikannya dimensi yang serupa dengan Polestar 4, dan bakal menjadi saingan kepada Porsche Macan EV yang akan datang.

Type 134 juga bakal berkongsi teknologi dengan Lotus Eletre dan Type 133, walaupun dikategorikan sebagai kelas permulaan yang lebih kecil, bermakna ia akan mempunyai pilihan bateri yang lebih kecil.

 

2

 

Seperti Eletre, rekaan Type 134 juga akan diberi tumpuan terhadap aerodinamik untuk mengoptimumkan julat dan prestasi, yang berkemungkinan menghasilkan garis bumbung bergaya coupe.

Walaupun Type 134 akan disasarkan sebagai model yang menyumbang pertumbuhan jualan Lotus, Johnstone menegaskan bahawa ia mengekalkan falsafah teras prestasi syarikat tersebut, dan dinamik pemanduan akan menjadi teras pembangunan.

Johnstone berkata, "Banyak usaha telah dilakukan untuk memastikan kereta masa depan yang kami perkenalkan kepada pemegang pasaran, dengan cara yang diharapkan untuk dikendalikan oleh Lotus."

“Contoh yang boleh diambil dari Eletre, pasukan atribut telah terlibat dalam pembangunannya, orang yang memahami perasaan dan pemanduan Lotus."

Ia bukan sekadar SUV elektrik dengan lencana Lotus padanya, ia telah direka bentuk dari awal untuk kelihatan, merasa dan memandu seperti Lotus.”