Porsche dedah beberapa info teknikal Taycan, 600 kuasa kuda, 480 km perjalanan sekali cas penuh

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar dari Jerman itu telah mengesahkan beberapa info teknikal kereta sport elektrik pertama mereka, Taycan yang akan dilancarkan penghujung tahun 2019.
Modenas

Kita mulakan dari aspek kuasa yang dinanti-nantikan oleh orang ramai, Porsche Taycan dijangka bakal mempunyai kuasa melebihi 600 kuasa kuda, dengan angka sebenar masih tidak diputuskan oleh Porsche. 

Dengan kuasa setinggi itu, daya pecutan dari pegun sehingga 100 km/j mampu dicapai dibawah 3.5 saat sahaja sebelum mencecah kelajuan tertinggi 200 km/j dalam masa hanya 12 saat. 


Porsche bakal menggunakan konfigurasi dua motor dengan tiap satu terletak pada gandar hadapan dan belakang dengan sistem pacuan berkuasa 800 volt yang didakwa menghasilkan kurang tenaga haba walaupun ketika kegunaan di litar. 

Jarak pengoperasian untuk sekali pengecasan penuh masih belum diketahui, namun Porsche kini mensasarkan 480 km jarak perjalanan untuk setiap pengecasan mengikut suhu ideal antara 20-40 darjah Celcius. 

Sistem pengecasan pantas 800v Combined Charging System (CCS) yang terkini akan memberikan Porsche Taycan jarak pengoperasian sejauh 400 km di dalam masa hanya 15 minit sahaja. 

Dengan kemajuan teknologi bateri yang kini berkembang pesat, mungkin angka-angka yang disebut diatas akan berubah lagi di masa hadapan. 
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana mengikut data kadar penjualan kenderaan yang diumumkan oleh Porsche, mereka mendapati…
Pelancaran
Bermaksud "semangat kuda liar yang muda", Taycan (Tay-Kan) datang dengan pakej waranti dan…
Berita Global
Disebabkan tahap penerimaan yang cukup positif, Porsche nampaknya terpaksa meminjam pekerja…